Kenapa Kelantan?

Ramai yang tanya soalan ni. Terutamanya kawan-kawan yang berbisnes.

Kenapa pindah Kelantan? Kenapa bukan KL? Bukan ke KL lebih banyak peluang dan lebih mudah cari makan?

Hihihi…

Mula-mula saya pun kurang yakin nak menjawab.

Tapi sekarang saya yakin saya dah buat pilihan yang tepat.

Saya suka tinggal di tempat yang tenang. Tidak sesak. Tidak perlu rushing. Kos hidup yang rendah.

Saya pun nak anak-anak belajar di sekolah yang bagus, selesa dan bergaul dengan orang yang baik-baik. Saya nak jarak rumah dah sekolah tak terlalu jauh.

Saya pun gembira dapat bagi peluang pekerjaan kepada orang di kampung supaya mereka pun dapat survive tanpa perlu berhijrah.

Lagipun di zaman Internet ni pelanggan boleh order online dan mereka boleh dapat barang keesokan harinya walaupun peniaga berada di luar bandar besar.

Kalau betul-betul nak stress free, mungkin boleh tutup je semua Kedai dan fokus bisnes online 100%. Tapi taklah kot. Saya kan addicted to stress. Kang nanti pergi cari masalah lain pulak. Hihihi..

Okay bye. Nak makan Nasi Ayam Kukus dulu. Bye!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *