Kenangan Zaman Muda Remaja Bersama Sahabat Saya Jie

Gambar kat bawah ni adalah gambar ‘kemesraan’ Baby Ali dengan Baby Zahin iaitu anak sahabat saya, Jie.

20120220-235251.jpg

Bonding time

Sebenarnya tak sempat nak bermesra sangat. Berebut bola adalah.. 🙂

Jie tinggal di Serendah, Selangor dan datang ke Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan serumah suaminya.

Saya mengenali Jie di UTM pada tahun 1999. Kami sama-sama tinggal di Blok H2, Kolej Tun Fatimah.

Antara yang menyebabkan kitorang kamceng adalah kerana kitorang kaki curi line public phone. 🙂

Saya pun dah lupa macamana caranya yang pastinya kena gunakan wayar. Bila dah dapat tu, memang boleh bergayut lama-lama. Memang best!

Masa tahun 2002, kami sama-sama tinggal di rumah sewa di Taman Pulai Utama, iaitu kawasan kediaman saya sekarang. Memang tak ‘berkembang’ betul saya ni. Tapi ada juga bahagian saya ‘berkembang’ ya. Huahuahua..

Banyak kenangan indah dengan Jie. Kami pernah jalan ke KL sama-sama masa Cuti Raya Cina tahun 2000. Masa tu memang mentah sangat. Excited sangat dapat beli cd cetak rompak kat Chow Kit, dapat naik LRT dan jalan-jalan di Midvalley.

Pastu bungkus ayam Taza (betul kot nama ni. Dulu ayam ni pernah glamer kejap) kononnya nak makan kat Dataran Merdeka. Last-last kena halau dengan seseorang sebab tak boleh nak makan-makan kat situ.

Dulu kami minah rempit. Kalau naik motor malam-malam tak pakai helmet. Konon ganas la kan. Pastu malam-malam suka beli burger kat depan 7 Eleven Taman Universiti.

Masa bulan puasa, pergi terawikh pun tak pakai helmet. Pakai telekung je. Dahlah bawak motor laju. Ganas jugak diriku ni bila ingat-ingat balik.

Ada sekali tu, bawak motor laju sangat sampai anak tudung terbang. Naik baik telekung tak terbang sama. Hahaha!

Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubungan. Jie sekarang menjadi orang kuat di HQ Pos Malaysia di Shah Alam.

Kepada Jie, jemput datang lagi ya. Lenkali aku bawak pergi tempat makan yang best-best kat tempat lain pulak. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *