Kembali Bersemangat!

Pagi ni saya akan ke Vietnam bersama suami saya dan 6 orang peserta lain.

Kali ni mood nak ke sana tak terlalu happy. Pertama, sebab kain ada banyak lagi yang belum upload. Kedua, sebab rasa kesian dengan anak-anak bila saya dan suami kedua-dua takde di rumah. Dan ketiga sebab saya rasa tak sabar nak kembali merekrut, cari klien baru dan juga follow up klien Public Mutual sedia ada.

Alhamdulillah.. happy sangat bila perasaan nak aktif di Public Mutual kembali membara. Semalam pun saya tak sangka saya dapat buat presentation dengan penuh bersemangat.

Dahlah penat sangat sebab jalan jem teruk. Mula-mula dah jem sebelum keluar ke lebuhraya. Lepas tu jem di tengah-tengah bandar KL sebab ada Pesta Ponggal di Dataran Merdeka.

Bayangkan keluar dari Seri Kembangan pada pukul 7.30 dan sampai di Kampung Baru hampir 10.30. Dekat 3 jam perjalanan yang boleh ambil masa dalam setengah jam je.

Letih, penat, geram, kecewa, marah semua dah bercampur-campur.

Nasib baik la yang menunggu tu faham keadaan jem di KL. Tapi saya yang tak sedap hati sebab buat orang tertunggu-tunggu. Nasib baik la jugak appointment di Pizza Hut. Jadi diorang menunggu sambil makan. Dan diorang pun tak la rushing sangat.

Kesian jugak pada suami yang dah drive 3 jam setengah dari JB. Pastu berehat dalam setengah jam. Dan sambung lagi drive selama 3 jam. Serius rasa kesian dan terharu sangat dengan sokongan suami. Masa saya present, dia tertidur kepenatan dalam kereta.

Kalaulah tahu, jalan akan jem teruk macam ni memang takkan buat appointment.

Tapi bila dah jumpa 2 orang prospek yang berminat nak jadi UTC tu, memang rasa tak menyesal pergi. Sebab diorang sangat positif dan juga dah tak sabar nak bermula.

Sebenarnya saya banyak urusan di KL. Nak jumpa klien-klien dan business partner yang dah lama tak jumpa. Sebelum ni datang KL sekejap-sekejap jadi tak ada masa nak jumpa. Sekarang insyaAllah dah boleh berlama-lama sebab dah ada Saphira. Lagipun tempat tinggal pun dah tak jadi masalah.

So insyaAllah dalam bulan 2 ni akan datang lagi ke KL untuk beberapa hari untuk settlekan urusan-urusan Public Mutual yang tertangguh sebelum ni.

Ok bye. Nak siap-siap untuk ke LCCT. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *