Kembali Berkhidmat

Sekarang ni susah betul nak update blog sebab skrin laptop saya rosak teruk. Kalau nak repair skrin, harganya hampir sama dengan beli laptop baru.

Sayang jugak tak boleh selalu update sebab ada banyak je benda nak citer.

 

Pagi tadi kelakar sangat. Bangun pagi tengok baby Yaya dah separuh bogel. Seluar dan pampers dan tanggal. Tinggal baju je.

Kelakar sangat. Kecik-kecik dah tido ganas. Hahaha..

Tapi mungkin jugak sebab dia kecik sangat dan seluar dan pampers longgar. Tu yang senang tanggal.

 

Serius senang hati dapat anak perempuan. Tak sabar tunggu Baby Yaya besar sikit nak bawak pergi memborong. 🙂

 

Progress bisnes pun Alhamdulillah okay cuma saya jadi sangat sibuk sebab sekarang ni saya kena buat kerja admin online sementara menunggu admin online yang baru start kerja.

Yang bagusnya bila saya dah buat ni ada la beberapa perkara yang saya dapat perbaiki. Kalau tak buat sendiri, tak nampak pulak kelemahan sistem sedia ada.

 

Siang tadi ada photoshoot untuk Bawal Maira. Kali ni gunakan khidmat fotographer baru dan juga model baru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sekarang tengah tunggu gambar-gambar tu diemelkan dan lepas tu nak update di web.

 

Siang tadi jugak suami dah registerkan nama baby Yaya. Fikir punya fikir punya fikir.. Bincang dengan 3 orang abang-abang dia, last-last kami namakan dia Naura Safiyya.

Naura Safiyya Binti Mohd Ridzuan.

Macam cantik je. Macam comel je. Macam meletop je. Hihihi..

 

Sebelum ni handphone saya rosak. Dalam sebulan jugak la saya tak dapat dihubungi. Kebetulan pulak masa tengah sarat memang takde mood sangat. So saya pun abaikan jelah.

Tapi tadi suami dah belikan handphone baru so insyaAllah lepas ni bolehlah kembali mengganas dan kembali berkhidmat. Hihihi..

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *