Kelas Renang

Hari ni sepatutnya pagi-pagi dah buat meeting dengan staf baru. Tapi disebabkan ada separuh staf baru request untuk start kerja minggu depan, jadi saya pun tangguhkan dulu meeting dengan staf baru.

So pagi tadi settlekan kerja dari rumah dulu dan keluar lewat sikit.

 

Sebenarnya dari minggu lepas risau memikirkan order yang semakin bertambah. Memanglah kami sentiasa tambah pekerja baru dan tambah mesin baru, tapi bila order makin bertambah, rasa risau sangat.

Sekarang saya jadi faham kenapa sesetengah butik hadkan jualan online dan lebih banyak buat promosi supaya pelanggan datang membeli di butik. Sebab memang tak mudah nak uruskan order yang terlalu banyak.

So hari ni saya buat keputusan hadkan kadar borong kepada 20% sahaja.

 

Dalam kesibukan, sempat call cikgu renang dan dapatkan maklumat lanjut tentang kelas renang. Rupa-rupanya hari ni ada kelas dari pukul 6 – 7 petang.

Kebetulan suami ada hal di KB Mall, jadi dia pun singgah beli seluar renang dan goggle.

 

Bila Abang dan Abang Adi masuk kereta, terus bagitau diorang pasal kelas renang dan diorang excited sangat.

Masa dalam perjalanan, diorang excited tapi nervous. Risau macam-macam. Cikgu macamana. Kelas macamana.

Tapi once dah masuk kolam, teruslah gembira. Gembira sangat sampai diorang yang paling lambat keluar dari kolam.

 

Alhamdulillah rasa happy sangat dapat menggembirakan anak-anak.

 

Petang tadi jugak sementara Abang & Adi berenang, saya dan suami singgah ke Art Class untuk dapat maklumat lanjut. Macam menarik jugak kelas ni. Tapi bila google, ada jugak komen negatif. So buat masa sekarang hold dulu dan nak survey Art Class yang lain dulu.

 

Siang tadi bincang-bincang dengan Abang. Bagitau dia pasal rasa nak hantar je dia join kelas Fotografi dan Photoshop. Rupanya dia setuju dan excited. So tengoklah. InsyaAllah kalau jumpa kelas yang sesuai, bolehlah masukkan dia nanti.

 

Banyak juga urusan yang dah berjaya disettlekan hari ni termasuklah tempah bunting untuk on9 shop festival pada hujung minggu ni. Dah lama tak join roadshow @ expo. Dulu buat roadshow ajak orang melabur. Sekarang buat roadshow jual tudung. Hahaha..

Okay bye. Sampai jumpa lagi. 🙂

2 thoughts on “Kelas Renang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.