Kekangan Dalam Berblog

Lepas entri tadi, belum sempat ke bilik air, Ali dah terkencing dalam seluar.

Lepas salin baju lain, tak lama lepas tu, kencing lagi.

Adoi……

Saya pun ugut dia nak suruh dia duduk dalam tandas sahaja.

 

Kali ni dia betul-betul takut. Bila saya ajak kencing, terus dia nak.

Dalam pukul 8.30 Ali dah tertidur sebab hari ni seharian dia tak tidur. So saya pun pakaikan pampers dan selesai sudah cabaran hari pertama.

 

Rasanya dalam masa 2-3 hari lagi dah takde masalah.

 

Beberapa hari ni terbaca tulisan di beberapa blog tentang ‘kekangan’ dalam menulis blog.

Dulu, blog adalah sebagai diari. Untuk menulis aktiviti seharian dan juga meluahkan perasaan.

 

Tapi bila blogger mula mendapat komen yang negatif dari pembaca, lama-kelamaan blogger menjadi buntu dan tak boleh menulis seperti dulu.

Nak cerita makan kat mana takut ada yang kata dia riak. Nak cerita beli apa takut ada yang kata dia berlagak. Nak kongsi kebahagiaan takut ada yang dengki. Memang tak best. Dan sebab tu jugak blogger mula jarang update blog.

 

Saya yang kurang glamer pun kadang-kadang rasa stress. Rasa nak je buat blog baru tanpa dedahkan identiti. Khas untuk lepas geram @ meluahkan perasaan terhadap orang-orang tertentu. Hahaha.. gigih tak?

 

Citer bisnes pulak.

Dalam bisnes ni, ada masa sales banyak. Ada masa sales sikit. Dan lepas raya ni adalah time sales sikit.

Tapi saya taklah rasa down sangat. Sebab jumlah sales bukannya drop pun. Konsisten je. Cuma agak rendah berbanding bulan puasa. Logik la kan. Sebab bulan puasa memang ramai yang nak beli baju.

Semalam suami saya balik ke Kelantan untuk hantar stok baru. Biasanya kami hantar guna Poslaju. Tapi sebab kali ni stok agak banyak, so suami decide untuk balik sendiri sambil-sambil bertemu mesra dengan adik-beradik dia.

Suami balik naik bas Transnasional.

 

Mesej pertama dia selepas naik bas adalah..

10 orang je atas bas ni. Apa yang saya fikir, bukan bisnes kita je teruk sekarang ni, bisnes bas pun ada time teruk gak.

 

Gelak besar saya baca SMS dia. Ingatkan nak tulis sedih ke, rindu ke. Maklumlah jarang berpisah kan. Alih-alih tulis pasal bisnes. Tapi ini perkembangan yang bagus. Maknanya dia sangat serius dalam bisnes kami.  🙂

Malam ni pulak, SMS dia lebih ringkas..

8 orang je balik JB. Lagi teruk.

 

Dan sekali lagi saya gelak besar. Kepoh je pasal bisnes orang lain.

 

Semalam order saya dah siap. Ejen bagi pilihan samada nak hantar menggunakan Fedex atau menggunakan kapal.

Kalau ikut hati, rasa nak guna Fedex sebab barang akan sampai esok. Lagipun minggu depan ramai yang dapat gaji dan sales biasanya sangat rancak.

Tapi disebabkan jumlah barang yang banyak, perbezaan shipping menggunakan Fedex dan kapal adalah lebih RM2000.

Suami cakap, tak perlu rushing sangat sebab lepas raya ni kuasa pembeli pun agak kurang. Blouse dan Shawl pun baru lagi sampai dan kami pun baru nak hantar ke Bangi dan Shah Alam esok.

Kalau guna kapal pun tak la lama sangat. Dalam 3 September dah dapat. Lambat sikit tapi dapat jimat lebih RM2000. Bukan senang nak dapat RM2000. Kena jual hampir 60 helai shawl.

 

Tapi sebenarnya frust jugak. Kalau bukan sebab lepas raya, memang saya guna Fedex je. Tak sabar nak penuhkan butik dan outlet-outlet dengan barang baru.

 

Okay sekian laporan dari hati yang agak kecewa.  😛

One thought on “Kekangan Dalam Berblog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *