Kek Lapis Sarawak..

Semalam saya dah berkunjung ke dua buah kedai Kek Lapis di seberang Waterfront iaitu Kek Lapis Mira dan Kek Lapis Dayang Salhah.

Pening kepada dengan pilihan kek lapis yang sangat banyak. Antara nama-nama kek lapis yang menarik perhatian adalah Awan Nano, Mael Lambong dan Lee Chong Wei.

 

20130124-112138.jpg

Abang Iqbal gembira memilih Kek Lapis di kedai Kek Lapis Mira

 

Semalam saya cuma beli kek lapis yang dipotong kecil-kecil untuk dimakan di hotel sebab kami masih ada seminggu di sini.

Antara yang saya dah beli adalah Kek Lapis Sisik Ikan (ada lapisan asam manis), Kek Lapis India (ada coklat cadbury dan kelapa) dan Kek Lapis Cadbury Cheese (yang ni rasa dia tersangatlah lemakkkkk).

 

20130124-112146.jpg

Antara Kek Lapis yang dijual di kedai Kek Lapis Dayang Salhah

 

Seriously saya rasa kagum dengan pengusaha-pengusaha kek lapis ni. Pertama, sebab mereka berjaya mempopularkan jenama mereka sehingga ke seluruh Malaysia. Kedua, sebab mereka dapat memberikan peluang pekerjaaan kepada penduduk tempatan. Dan yang ketiga dan pada saya bagus sangat, sebab mereka menyebabkan Kg Boyan menjadi tarikan pelancong.

Saya pun bincang-bincang dengan suami bagaimana untuk sampai ke peringkat ketiga. Peringkat pertama tu, insyaAllah dalam proses. Peringkat kedua tu pun dah ada kot. Cuma mungkin belum terlalu ramai yang kami dapat employ sekarang ni.

Tapi yang ketiga tu, memang hebat sangat kalau dapat achieve.

Kiranya nak jadikan orang nak datang ke Taman Pulai Utama sebab nak beli Kain Cotton Benang Hijau. Dan juga nak buat supaya orang kenal Pulai Utama disebabkan Kain Cotton. Wohooo!!

 

 

2 thoughts on “Kek Lapis Sarawak..

  1. Yati

    Mintak tlg owner kedai tu buatkan kek lapis benang hiijau. Warna dia ikut warna tema kedai benang hijau. Kompem lps ni, orang akan ingat benang hijau… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *