Kejutan Budaya..

Malam ni berlakunya kejutan budaya sebab kena buat kerja-kerja yang sebelum ni dah lama sangat tak buat.

Tapi saya fikir positif.

Memang betul selama ni saya suka buat kerja yang menghasilkan duit je.

Tapi sekarang saya ubah fikiran saya.

Sebelum ni saya fikir..

Buat kerja -> Dapat duit -> Tolong orang -> Dapat pahala

 

Sekarang saya fikir..

Buat kerja rumah -> Dapat pahala

 

Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat keredhaan Allah.

Since buat kerja rumah pun dapat pahala, jadi buat apa nak stress kan?

Kepada rakan-rakan surirumah yang mungkin rasa down, rasa diri sendiri loser, rasa cemburu dengan orang yang berkerjaya, jangan macam tu ya.

Mungkin pahala anda lebih banyak daripada orang yang bekerja. Dan mungkin juga dosa anda kurang daripada orang yang bekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *