Kejap Gitu Kejap Gini

Hari ni hari kedua anak anak kembali bersekolah termasuklah Yaya.

Rasa macam cepat sangat masa berjalan.

Macam baru je hantar Ali masuk sekolah PASTI masa tengah mengandungkan Yaya.

Dan semalam Yaya pulak masuk sekolah di saat saya mengandung anak kelima.

Rupanya dah empat tahun saya pindah dari JB ke Kelantan.

Pastu dari Kelantan ke Kajang.

Dan seterusnya dari Kajang ke Seremban.

 

 

Dalam tempoh 2014 – 2018 ni graf pertumbuhan dan pembelajaran saya memang di luar jangkaan.

Hahaha..

Sale meletup sampai huru hara

Macam macam isu pekerja

Deal dengan owner, supplier, event organizer dan advertiser

Masuk surat khabar, majalah dan tv

Kurangkan butik

Ubah business model dan hidup aman damai

 

 

Alhamdulillah..

Bersyukur sangat dengan segala nikmat dan rahmat.

Semalam pepagi cari quotes pasal being grateful dan satu quotes yang sangat menarik berbunyi..

No.

We don’t always get what we want.

But consider this :

There are people who will never have,

what you have,

right now.

 

Betul sangat kan.

 

 

Memang kita tak tahu apa akan terjadi dalam masa 3 – 4 tahun lagi.

Tapi kita boleh berimpian dan kita boleh merancang.

Mula – mula fikir bebetul macamana kehidupan yang kita nak.

Dan seterusnya fikir apa yang perlu dibuat untuk dapat apa yang kita nak.

Dan setiap hari fikir apakah tindakan yang nak dibuat hari ni boleh membantu kita mencapai matlamat kita atau tak.

 

 

Saya pulak jenis yang suka tukar tukar plan

Kejap nak gitu

Kejap nak gini

Kejap nak butik banyak

Kejap nak satu butik

Kejap nak bisnes online jelah

Hohoho..

 

 

Jadi kita tengoklah cemana kesudahannya

Hahhaa!!

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge