Kawan Lama Yang Muncul Kembali
Pada bulan Oktober yang lepas saya telah dihubungi oleh seorang rakan lama. Rakan sekolah semasa saya belajar di MRSM Pengkalan Chepa (97/98).
Dia nak jumpa saya sebab nak belajar tentang cara memborong di Vietnam dan seterusnya dia mengikuti rombongan saya ke Vietnam.
Walaupun dah hampir 14 tahun tak jumpa, tapi bila jumpa tu kan, rasa boleh masuk sangat. Rasa rapat sangat. Rasa mesra sangat. Rasa suka sangat. Rasa sayang sangat. Rasa boleh menjadi diri sendiri sangat.
Saya sampai cakap kat dia..
Kalaulah aku tahu betapa bestnya bila berhubungan dengan kau balik, dah lama aku cari kau!
Alhamdulillah happy sangat rasanya sekarang. Tambah-tambah bila jumpa kawan sekolah ni, dalam hati rasa muda remaja je. Tak rasa macam dah jadi mak orang dan anak sulung dah masuk Darjah 4. 🙂
Dulu-dulu tak faham kemesraan orang yang dah dewasa dengan kawan-kawan sekolah. Rasa macam boleh ke dah tua-tua masih berbaik-baik sambil mengenangkan kisah yang dah berpuluh tahun?
Tapi sememangnya boleh. Kawan ni pun macam pasangan kita jugak. Sebagaimana jodoh pertemuan dengan pasangan, jodoh pertemuan dengan kawan pun ada jugak.
ps : Sekarang saya juga rapat dengan seorang Junior di MRSM yang dulu saya tak kenal. Tapi sekarang rasa suka sangat kat dia. Kepada orang yang berkenaan, sila angkat tangan ya! 🙂
pss : Watak di dalam artikel ini semuanya adalah kaum wanita. 🙂
psss : Kepada kawan-kawan saya yang best tapi dah lama tak hubungi saya, sila hubungi saya! 🙂
- Boleh Tak Jangan Paksa-Paksa?
- Pekerja Mulut Laser
*Pandang kiri kanan*
Ehemmm. Saya ke yang kena angkat tangan tu? 😀
Kak! Nak follow sekali trip akak dengan sorang lagi senior saya tu!!!
Wah… Cepat je orang berkenaan ni balas ya! 🙂
Dia memang nak pergi Vietnam tak lama lagi. Tapi time tu Farah pergi Guangzhou.
Untuk next trip nanti, kita bincang dulu ya.
Alaaaaa sokmo macam tu tauuuuu! 🙁
Biasa la akak kan idola saya. Saya follow the leader tau! 😀 😀 😀