Kali Pertama Air Mata Tumpah Kerana Seorang Bibik

Hari ni saya menghantar bibik saya yang nak balik ke kampung halaman.

Sayu sangat masa nak hantar bibik. Balik rumah lagilah rasa sayu.

Dengan bibik-bibik sebelum ni, saya tak pernah rasa macam ni. Bila diorang nak balik, rasa biasa je.

Tapi bibik ni memang lain daripada yang lain.

Antara yang saya suka tentang bibik ni..

1. Setiap kali saya keluar, dia akan kemaskan bilik. Jadi bila saya balik, keadaan bilik sentiasa bersih dan kemas.

2. Dia suka buatkan kuih untuk anak-anak. In fact pagi ni pun dia sempat buat Kuih Ketayap dan Bubur Som Som sebagai hadiah perpisahan.

3. Dia akan buat kerja dia tanpa perlu disuruh. Semalam dia gorengkan keropok keping sebanyak satu bekas besar.

4. Dia sayangkan anak-anak. Dalam perjalanan, dia dah menangis tersedu-sedu dan peluk anak-anak saya. Sampai saya dan suami pun rasa hiba sangat.

5. Dia tak ada telefon dan bukannya jenis yang kepoh nak berbual dengan bibik jiran-jiran yang lain.

Dia nak balik sebab dah lebih 5 tahun dia kerja di Malaysia dan tak pernah balik.

InsyaAllah kalau ada rezeki, dia mungkin akan datang lagi.

Bila dah pernah ada  bibik macam ni, memang susah rasanya nak dapat bibik yang setaraf, apatah lagi lebih baik.

Hati jadi sayu sangat. Rasa macam perpisahan itu pasti. Bila kita bertemu dan sayang pada seseorang, pasti suatu hari nanti kita akan berpisah dengan dia.

Jadi, hargailah orang-orang yang hadir dalam hidup kita. Mungkin hadirnya untuk sementara dan perginya tak kembali lagi.

Buat masa ni saya akan hidup tanpa bibik sementara menunggu khabar dari dia. Kalau memang dia tak akan datang lagi, mungkin saya akan ambil bibik yang lain. Mungkin juga cari pembantu tempatan.

Apapun, kehadiran bibik ni mengajar saya supaya buat kerja dengan ikhlas dan sepenuh hati supaya kehadiran kita memberi makna dalam kehidupan orang lain…

Semoga ada lagi rezeki pertemuan antara kami di masa akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *