Kali Kedua..

Malam tadi merupakan kali kedua saya menghadiri perjumpaan Toastmaster Club Johor Jaya.

Saya dan Cik Ajan bertolak dari rumah dalam pukul 6.40 petang dan kami sampai di sana dalam pukul 7.30 petang.

Sampai je kat sana, saya terus solat Maghrib. Segan jugak sebab tempat solat tu agak open tapi takpelah, yang penting berjaya melaksanakan tanggungjawab.

Malam tadi merupakan meeting gabungan Kelab Toastmaster English dan Kelab Toastmaster Bahasa Melayu Johor Jaya. Ada juga beberapa tetamu jemputan dari Kelab Toastmaster Skudai dan juga Kelab Toastmaster UTM.

Kebetulan saya duduk di sebelah seorang lelaki Cina yang bekerja sebagai Operations Manager sebuah kilang di Senai. Dia merupakan ahli Kelab Toastmaster Mandarin Skudai.

Seronok sangat berbual dengan dia. Walaupun dia ahli Kelab Mandarin, tapi dia juga berminat untuk menguasai Bahasa Melayu. Yang bestnya, dia pun merupakan seorang ejen Public Mutul part time. 🙂

Bila dah berkenalan dengan tetamu-tetamu lain, barulah saya tau rupa-rupanya ramai orang Cina dan India yang sertai Kelab Toastmaster Bahasa Melayu. Ini kerana mereka betul-betul ingin menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

Malah, mereka juga akan bercakap dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Memang saya rasa kagum sangat.

Siapa kata orang Cina racist?

Siapa kata orang India racist?

Pada saya, kebanyakan orang Cina dan India yang saya kenal dan berurusan semuanya baik-baik dan sangat menghormati budaya kita.

Mungkin yang beranggapan bahawa orang Cina dan orang India bersifat racist adalah kerana mereka kurang bergaul dengan mereka. Bak kata pepatah,

Tak kenal maka tak cinta!

 

Pada awal majlis, setiap orang diminta memperkenalkan diri. Saya perkenalkan diri dan menyatakan bahawa saya merupakan tetamu Cik Ajan dan bercadang untuk menjadi ahli Kelab Toastmaster Johor Jaya.

Ucapan saya mendapat tepukan dan sorakan. Rupa-rupanya ahli kelab ni memang sangat mengalu-alukan kedatangan ahli baru. Malu kejap.. 🙂

20120314-202017.jpg 

Ucapan aluan dari Mr President, Mr Tey Bin Yuen

Lepas tu ada dua orang bagi ucapan. Ahli kelab English bagi ucapan dalam English dan ahli kelab Bahasa Melayu bagi ucapan dalam Bahasa Melayu.

Kelakar sangat ucapan seorang peserta Cina dari kelab Bahasa Melayu Johor Jaya. Dan nampak sangat kesungguhan dia untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.

Lepas tu ada sesi menyambut hari jadi dua orang ahli kelab. Siap ada 2 biji kek. Alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak! 🙂

Lepas makan kek, saya terpaksa minta diri sebab saya ada appointment dengan klien di McDonalds Seri Alam.

Frust jugak sebab tak dapat dengar ucapan ahli-ahli yang lain. Lain kali memang tak nak miss lagi.

Tak sabar nak attend meeting seterusnya dua minggu lagi. Kepada yang nak perbaiki public speaking skills dan berkenalan dengan rakan-rakan baru dari pelbagai bidang, jomlah join kelab ni. Best tau!

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *