Kali Kedua Menonton The Avengers..

Saya jarang menonton wayang.

Tapi bila membaca review yang bagus tentang filem The Avengers, saya pun ajak suami dan ketiga-tiga hero saya pergi menonton filem The Avengers pada petang Selasa yang lepas.

 

Sejam setengah yang pertama, Baby Ali bagus sangat. Duduk diam-diam sambil makan pop corn.

Lepas tu, dia dah mula bosan dan nak berjalan-jalan dalam panggung. Bila saya tak bagi, dia bising-bising dan saya terpaksa bawa dia keluar supaya tak mengganggu orang lain.

Frust jugak masa tu sebab pada saya filem ni menarik dan saya suka dialognya.

Masa keluar dengan rakan-rakan SKIT petang semalam, Min & Aja mengajak saya menonton filem ni. Saya pun terus setuju sebab nak sambung tengok bahagian yang saya terlepas.

Tiket kami pukul 9.15 malam. Selepas solat Isyak, saya sekeluarga pergi ke Umall untuk membeli sedikit barang keperluan.

Selepas tu saya pergi menonton wayang dan suami terus shopping dan seterusnya bawa anak-anak makan.

Terharu sangat dengan suami yang sangat sporting dan rajin menguruskan anak-anak. Opps.. Tercerita pulak pasal pasangan. Sepatutnya tak boleh cerita lebih-lebih macam yang saya kongsikan kat artikel sebelum ni.. Kenapa Tak Boleh Cerita Pasal Pasangan Kita Kepada Orang Lain?  🙂

Alhamdulillah.. bersyukur sangat atas segala nikmat Allah.

One thought on “Kali Kedua Menonton The Avengers..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *