Kalau Saya Tak Untung, Lebih Baik Saya Tak Payah Berniaga..

Sebagai peniaga, salah satu cabaran adalah bila pelanggan nak minta diskaun melampau.

Kadang-kadang dah bagi diskaun, minta diskaun lagi.

Tak salah minta. Tapi kalau dah mendesak, memang akan buat peniaga rasa kurang gembira.

Untuk pembelian borong, saya memang dah tetapkan diskaun dari 30% – 40% bergantung pada jumlah pembelian.

Semalam ada seorang pelanggan minta diskaun sampai 50%.

Ikhlas saya cakap, kalau dia pergi sendiri ke Vietnam. Bayar tiket kapal terbang, bayar hotel, bayar duit teksi ke tempat borong, pilih kain, tunggu berjam-jam, angkat kain, poskan kain, lipat kain dan buat semua kerja yang berkaitan, kos dia pun lebih besar daripada diskaun 50% yang dia minta.

Saya pun cakaplah..

Saya berniaga. Kalau saya tak untung, lebih baik saya tak payah berniaga.

 

Ada juga yang nak buat perbandingan harga yang saya jual dengan harga yang peniaga lain jual.

Memang betul, memang ada peniaga lain yang jual lebih murah dari saya.

Kalau nak beli lebih murah, boleh beli dengan diorang. Takpe, saya tak kecik hati. Kenalan terdekat saya pun ramai je beli dengan peniaga lain. Dan saya memang tak kecik hati.

Saya faham pelanggan memang suka beli barang pada harga murah. Sebab saya pun pelanggan. Saya pun nak beli murah.

Tapi hormatilah juga para peniaga. Ada sebab kenapa dia letak harga sekian-sekian. Ada faktor yang perlu diambil kira.

Faktor tiket kapalterbang, duit hotel, duit teksi, kos pengangkutan barang, kos upah pekerja, kos sewa kedai, kos poslaju dan sebagainya.

Dan peniaga pun pastilah nakkan keuntungan. Kalau tak de untung, lebih baiklah peniaga ini duduk di rumah golek-golek dengan baby. Baby pun happy.

Hahaha… emo kejap.

Yang bagusnya sekarang memang tak suka minta diskaun bila berurusan dengan peniaga lain.

Kalau mampu, beli.

Kalau tak mampu, duduk diam-diam.

Bagus sebenarnya jadi peniaga ni. Melatih diri supaya lebih bersabar dan menjadi seorang manusia yang lebih baik.

Kalau tak percaya, jom berniaga! 🙂

 

 

3 thoughts on “Kalau Saya Tak Untung, Lebih Baik Saya Tak Payah Berniaga..

  1. farrah

    Memang pun. Saya sekarang pun jarang gila mintak diskaun bila membeli. Itu sebab lagi rela tak beli! Sebab berpegang pada prinsip, kalau saya taknak orang buat saya, saya pun takkan buat orang lain juga!

  2. Nuha Apparels

    Suker baca.
    Memg pun. Being peniaga kain or tudung (sbb memg sy niaga tu pun), kekdg custmr mintak rege diskaun/borong sampai dah rege modal. Kot ye pun tgk2lH kain jenis apa. Kalo cotton dr cina yg jenis murah blh le dpt murah. Apa yg kita dpt tu yg kita jual. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *