Kalau Mati Esok, Macamana Dengan Anak-Anak?

Saya baru selesai membaca artikel ini di harian metro online tentang kemalangan yang menyebabkan kematian sepasang suami isteri dan anak sulung mereka.

Yang tinggal hanyalah anak kedua yang berumur 12 tahun yang hanya mengalami cedera ringan.

Semasa Leader’s Meeting semalam topik yang dibincangkan adalah apa yang akan berlaku apabila seorang Unit Trust Consultant meninggal dunia.

Dalam perjalanan balik saya dan suami berbincang tentang isu ini dan rasa kami perlu lebih bersedia untuk menghadapi kematian.

Dan malam ni bila baca berita ni, rasa macam kematian makin hampir.

Nak pergi Guangzhou pada bulan 5 ni pun dah pening kepala memikirkan anak-anak yang akan ditinggalkan selama seminggu. Macamana pula kalau ditakdirkan saya dan suami meninggal dalam kemalangan?

Ya Allah.. semoga saya dan suami dipanjangkan umur untuk menjaga anak-anak sehingga mereka boleh berdikari.

Apapun saya akan cuba bersedia dari segi takaful, wasiat dan tabung amanah supaya mereka dapat hidup selesa walaupun selepas ketiadaan kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *