Kalau Dah Memang Rezeki..

Kisah 1

Pada hari Selasa saya ada appointment dengan En N, seorang Pegawai Akaun di sebuah syarikat. Dalam perjalanan ke syarikat tersebut, saya singgah untuk membeli coklat sebagai buah tangan.

Saya beli dua coklat. Satu untuk En N dan satu lagi untuk pembantunya iaitu Cik A. Malangnya Cik A tak ada jadi saya cuma bagi buah tangan kepada En N sahaja.

Kebetulan hari ni saya kena pergi semula ke syarikat tersebut kerana ada sedikit urusan. Bila saya telefon En N, dia memberitahu saya bahawa dia sedang bercuti dan meminta saya berurusan dengan Cik A.

Memandangkan coklat tersebut masih ada dalam beg saya, maka saya pun bagilah coklat tersebut pada Cik A.

Ternyata coklat tersebut memang rezeki untuk Cik A.

 

Kisah 2

Suami saya ada menjadi pengedar Keropok Lekor yang diambil terus dari Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu. (Jika berminat, boleh layari http://pengedarkeropoklekorbukittokbengdijohor.wordpress.com/)

Semalam keropok sampai. Suami memang order lebih sikit sebab berniat nak bagi pada jiran.

Tapi semalam walau dipanggil berulang-ulang kali, tapi jiran tak dengar.

Dan pagi ni pulak ada rakan sekerja suami yang nak beli. Tak nak bagi, rasa bersalah sebab dia dah terliur sangat bila tengok kebanyakan rakan-rakan lain yang beli.

Ternyata keropok lekor tersebut memang rezeki rakan sekerja suami.

 

Kepada anda yang adakalanya mungkin kecewa bila tak dapat sesuatu yang dihajati, jangan terlalu kecewa ya. Kalau dah memang rezeki, pasti akan dapat jugak walaupun agak mencabar.

Selalu ingat bahawa rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Dalam bentuk coklat, keropok lekor, kesihatan dan juga kebahagiaan.

Jangan sesekali bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Setiap orang pun pasti ada masalah dan cabaran yang tersendiri.

Tak semestinya orang yang kita nampak bahagia tu tak ada masalah. Tapi mungkin dia memilih untuk bersyukur di atas nikmat lain yang dikurniakan Allah kepadanya.

One thought on “Kalau Dah Memang Rezeki..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *