Kalau Bibik Lari Dari Rumah, Tak Semestinya Bermakna Majikan Tak Baik

Hari ni seorang kenalan merangkap pelanggan keropok lekor suami saya datang ke rumah untuk mengambil keropok lekor yang baru sampai semalam.

Kenalan saya ni pun bercerita kisah bibiknya yang lari semenjak 2 minggu lepas.

Saya tahu ada yang beranggapan kebanyakan bibik lari sebab majikan tak baik. Sebenarnya pandangan ni kurang tepat.

Sebab kenalan saya dan suaminya ni memang baik sangat. Malah rakan-rakan saya yang mengalami masalah bibik lari pun kebanyakannya memang orang yang baik-baik dan melayan bibik dengan baik.

Tapi ada sebahagian bibik yang kurang bijak dan tak menghargai kebaikan orang. Bak kata salah seorang kenalan saya,

Kalau diorang bijak bistari, diorang tak jadi bibik!

 

Saya sendiri pun ada pengalaman bibik lari. Kali pertama, bibik bernama Husna yang baru 3 hari bekerja (dalam tempoh percubaan) keluar dari rumah meninggalkan Baby Ali dan Abang Adi.

Masa tu Baby Ali baru je berusia 2 bulan dan saya baru je kembali bekerja. Bibik Husna ni muda dan cantik orangnya. Kalau pakai tudung, nampak macam orang kita.

Bila keluarga saya tahu dia lari, diorang cakap,

Nasib baik dia lari sorang je. Kalau dia terus bekerja, tak mungkin dia larikan suami saya sekali.

 

Hahaha.. Mungkin tulah hikmahnya dia lari. Memang tak senang hati juga bila dapat bibik yang cantik ni.

Selepas beberapa bulan, ejen pembantu rumah memberitahu saya dia jumpa bibik Husna yang sekarang kerja kilang. Memang niat dia datang Malaysia sebab nak kerja kilang tapi dia menipu ejen tu sebab nak masuk ke Malaysia dengan percuma.

Kali kedua pula, bibik Khanifah yang pada mulanya alim dan selalu sembahyang sunat lari mengikut kekasihnya yang bekerja dengan kontraktor yang renovate rumah jiran saya.

Bibik Khanifah ni dah ada suami. Dan masa mula-mula datang asyik menangis je sebab rindukan keluarga. Saya pun bersimpati sangat dengan dia sebab ni kali pertama dia datang bekerja di Malaysia.

Selepas hampir setahun bekerja, makin hari nampak dia gatal sangat. Setiap malam bergayut je kerjanya. Kadangkala dari malam sampai ke pagi. Duit gaji habis untuk beli topup telefon je.

Bibik ni lari di waktu pagi sehari selepas dapat gaji. Lepas dia berhenti, saya upah orang datang kemas rumah, dan orang tu berjaya keluarkan hampir seguni sampah dari bilik dia. Sampaikan orang tu pun hairan sebab katanya rumah saya ni bukan macam bibik baru lari, tapi macam dah berbulan-bulan tak ada bibik.

Saya memang tak tegas sangat dengan bibik sebab tujuan saya ambil bibik adalah supaya dia menjaga anak-anak ketika ketiadaan saya. Dan saya selalu pesan pada bibik, anak nombor satu. Urusan kerja rumah lain nombor dua.

Tak pe rumah tak kemas. Yang penting anak anak cukup makan dan berada dalam keadaan bersih dan selesa.

Tapi bibik Khanifah ni memang dah melampau sangat. Kerjanya layan drama, layan YouTube, dengar lagu hindustan dan bergayut. Sebelum dia lari, saya memang rasa geram tapi saya tahankan je.

Bila dia dah lari, rasa lega. 🙂

Wah.. panjang pulak cerita bibik ni. Pendek kata, memang ada bibik yang baik dan memang ada bibik yang tak baik.

Saya pun tak serik untuk ambil bibik lagi. Manalah tahu dapat bibik yang super duper best.

Yang pastinya jangan sesekali berprasangka buruk pada majikan yang mana bibiknya lari dari rumah sebab boleh dikatakan hampir semua orang yang ada bibik ada pengalaman macam ni.

 

 

3 thoughts on “Kalau Bibik Lari Dari Rumah, Tak Semestinya Bermakna Majikan Tak Baik

  1. Yati

    Bibik Khanifah tu, memang poyo je. Nampak macam baik tapi tak sangka boleh lari dari majikan sebab ikut lelaki lain. Padahal kat Indon sana, dia dah ada anak dan suami. Astagfirullahal’azim.

  2. hasimah

    setakat ini saya dah serik dengan perangai bibik. Serik sebab saya tak tahu knapa dia berhenti kerja tanpa bertahu. lari.. saya layan dia baik sebab demi nak jaga anak-anak bila saya pergi kerja. kenapa tak boleh cakap baik-baik nak berhenti. saya bagi cuti tiap-tiap kali dia minta.. cuti & tak balik-balik..lari..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *