Kalau Anda Menghidap Kanser Tahap Ketiga, Apa Yang Anda Akan Buat?

Semalam saya telah dipertemukan dengan seorang usahawan wanita berjaya. Selepas beberapa lama berbual mesra, beliau memaklumkan kepada saya bahawa sebenarnya beliau merupakan seorang pesakit kanser tahap ketiga.

Beliau pun berceritalah bahawa dua tahun lepas beliau terlantar di hospital dan tak boleh buat apa-apa. Lepas tu beliau berhenti kerja dan berehat di rumah sahaja.

Mengikut jangkaan doktor, beliau tak akan hidup lama dan cuma ada beberapa bulan sahaja untuk hidup.

Dalam pada berehat, beliau mencari peluang niaga dalam bidang pakaian. Sekarang bisnesnya sangat maju dan suaminya pun turut berhenti kerja untuk membantu menguruskan perniagaannya.

Melalui bisnes ini juga, beliau dapat membantu memberi peluang pekerjaan kepada adik beradik dan saudara maranya yang terdekat. Malah dalam masa dua tahun sahaja, beliau berjaya mengumpul duit simpanan bernilai ratusan ribu ringgit.

Walaupun beliau tahu ajalnya mungkin akan sampai bila-bila masa, tetapi beliau gigih bekerja untuk membantu ahli keluarganya yang lain.

Saya rasa sangat kagum dan rasa bertuah kerana dipertemukan dengan wanita yang bersemangat tinggi macam ni.

Dengan alimnya, dengan solehahnya, dengan rendah dirinya, memang kagum sangatttt.

Betul-betul mempraktikkan “Bekerja seperti kita akan hidup sampai bila-bila dan beribadat seperti kita akan mati esok”.

Dan betul-betul membakar semangat saya yang terlebih sihat. 🙂

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *