Kahwin Awal Tak Bagus?

Hari ni saya terbaca satu posting di FB. Luahan seorang lecturer yang tak menggalakkan remaja kahwin awal.

Saya kahwin awal. Umur 20. Masa tu suami saya berumur 21. Antara yang terawal dalam batch saya.

I got hitched early. And I am okay.

 

Takde masalah pun kahwin awal @ lambat. Kalau kita okay, apa pun status kita, kita okay. Kalau kita seorang yang bahagia, apa pun status kita, kita bahagia. Kalau kita jenis yang bersyukur, apa pun status kita, kita bersyukur.

Yang jadi masalah bila kita meletakkan kebahagiaan kita di tangan orang lain. Seolah-olah kebahagian kita adalah tanggungjawab pasangan kita.

Kalau dia tak buat apa yang kita nak, kita rasa kurang bahagia.

Maklumlah selalu baca novel dan tengok drama Korea, pasangan lelaki selalunya romantik, kelakar, pandai jaga hati, penyabar dan sanggup buat apa saja untuk isteri.

Alih-alih kita kahwin dengan manusia biasa yang tak pernah baca novel dan tengok cerita Korea. Manusia yang datang dari keluarga biasa-biasa yang tak pernah tengok contoh lelaki romantik.

Kalau expectation kita terlalu tinggi, memang kita akan kecewa.

 

Dulu-dulu saya pun tak faham. Saya pun expect benda yang sama.

Tapi bila dah besar sikit, saya mula belajar tentang cinta.

Bukan dari buku tentang cinta. Tapi dari buku-buku motivasi antaranya The 7 Habits of Succesfull People.

Dalam tu ada tulis something like this,

Love (noun) is the fruit of love (action).

 

Love (action) is taking care, caring, being nice and try our best to make another person happy.

 

Pendek kata, untuk menghasilkan love (noun), kita kena buat love (action). Kalau kita tak buat love (action), love (noun) takkan datang.

Sebab tu anak akan love (noun) mak @ sesiapa yang jaga dia. Because of love (action) dari mak dia.

 

Kalau nak kahwin awal, kena juga bersedia untuk hidup serba kekurangan. Maklumlah masing-masing belum stabil dari segi kewangan.

Tapi percayalah, pengalaman hidup susah ni yang akan jadikan hubungan kita dengan pasangan lebih rapat.

Saya dan suami pernah sama-sama gelek motor yang bocor. Pernah sama-sama berhenti tepi jalan sebab minyak kereta kering. Pernah sama-sama bergelap sebab tak mampu bayar bil api. Pernah sama-sama tak beli baju raya.

Maklumlah baru nak hidup. Dah tu pulak bukannya berasal dari keluarga yang senang. Tambah lagi dengan keberanian melampau bila buat bisnes.

 

Eh panjang pulak ulasan.

Pendek kata, saya sokong je kalau ada sesiapa nak kahwin awal. Kalau orang tu baik dan bertanggungjawab, kahwin awal @ lambat tak jadi masalah pun. Dan kalau orang tu tak baik dan tak bertanggungjawab, kahwin awal @ lambat, confirm akan bermasalah.

 

Yang tak menyesal kahwin awal,
Fadzilah Mamat
18 Ogos 2013

2 thoughts on “Kahwin Awal Tak Bagus?

  1. mfadhlan

    saya tak kawin awal, sedang2 je. Cuma wife tak bekerja, dan masih belajar. Pada mula saya macam risau dengan ekonomi keluarga, tapi Allah itu dah bagi rezeki, gaji naik sikit. Alhamdulillah, muncul orang ketiga dalam keluarga, gaji naik lagi sekali ganda masa bujang. Alhamdulillah tak pernah lagi tak makan nasi, yang penting ukur baju di badan sendiri. tak perlu bermewah, kalau perlu pun, ckup lah sekadar kemampuan.
    Yang takut kahwin awal, kena banyakkan berdoa, solat dhuha, solat tahajjud dan usaha kerja lebih sedikit.
    Yang ada masa, buat part time sikit. Atleast dapat ilmu yang lain dari kerja hakiki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *