Kadang-Kadang Rasa Tension Jugak Jadi Blogger Ni..

Tension bila tak tahu nak tulis apa.

Bukan sebab tak ada idea tapi kadang-kadang bila terlebih fikir, jadi tak boleh tulis.

Nak tunjuk entri makan, kang ada yang fikir minah ni poyo je. Macam la tempat dia makan tu hebat sangat. Makan donat pun kecoh.

Nak tunjuk gambar anak lebih-lebih, kang ada yang menyampah. Yelah, memang setiap anak nampak comel di mata mak. Tapi, belum tentu comel di mata orang lain.

Nak citer pasal wishlist. Aduyai… saya ni bercita-cita tinggi sangat. Kalau boleh nak income RM1,000,000 sebulan. Jadi, kalau nak senaraikan wishlist, memang setahun baru habis tulis. Hahaha..

Nak bagi motivasi, risau pulak ada yang mengutuk. Eleh, nak motivasi orang konon. Cuba motivasikan diri jadi kurus dulu. Okay.. okay.. saya mengaku kalah! 🙂

Banyak benda nak ditulis, tapi bila fikir punya fikir punya fikir, inilah jadinya. Banyak yang jadi draft je. Tak tahulah bila akan dipublishkan.

Siap ada satu draft yang bertajuk “Kepenatan Seorang Ibu Yang Mengandung 38 Bulan”. Takkan nak publish sekarang kot. Memang tak logik la kan? Jadi terpaksa la terus jadi draft.. sampai la ngandung anak seterusnya kot. Huahuahua..

Oklah encik, cik dan puan sekalian. Itu sahaja coretan saya untuk pagi ini. Kalau ada sebarang komen nak minta saya tulis pasal something, harap dapat bagi feedback ya. Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *