Jumaat Yang Santai

Hari ni pukul sebelum pukul 8 pagi dah keluar rumah sebab anak-anak ada latihan Tae Kwon Do di SK Sabak.

Biasanya diorang belajar kat sekolah je pada setiap hari Khamis. Tapi minggu depan ada grading, so ni kira latihan tambahan.

Kalau ikutkan saya dan suami penat sangat sebab suami pun sampai di KB tengah malam semalam.

Tapi kami pun hantar jugaklah.

Lepas tu, kami singgah breakfast berdekatan airport Pengkalan Chepa.

 

Dalam perjalanan balik, saya setkan appointment dengan tukang urut. Maklumlah sepanjang dua hari ketiadaan suami, saya tersangatlah sibuk dan memang rasa sakit badan.

Mulanya kak tukang urut cakap dia tak free sebab ada program kat masjid berdekatan rumah dia. Frust jugak. Tapi takpelah.

Tak lama lepas tu dia kata boleh datang dalam pukul 10.30 pagi sebab program tu habis awal.

Alhamdulillah… 🙂

 

Sedap sangat kena urut kali ni. Rasa bersyukur sangat ada orang yang sediakan khidmat urut. Dahlah bayaran pun sangat berpatutan. Only in Kelantan. 🙂

 

Dalam pukul 12.30 siap mengurut dan sekarang ni saya bergolek-golek sementara suami dan anak-anak pergi solat Jumaat.

 

Alhamdulillah.. bersyukur sangat rasanya.

 

Semalam jumpa seorang kenalan. Ibu tunggal dengan 3 orang anak. Dia dah berpisah dengan suami hampir 2 tahun. Umur anak dia lebih kurang sebaya dengan anak saya.

Dia dah tak sedih. Dia dah move on. Dia dah boleh survive.

Tapi kesian kat anak-anak dia sebab suami dia dah lama tak jenguk anak.

Katanya anak-anak dia pun jadi bermasalah. Suka mengeluh dan suka memberontak.

 

Bila tengok muka anak-anak dia, rasa kesian sangat. Sampainya hati seorang ayah lepaskan tanggungjawab macam tu je. Seolah-olah anak tu tak penting langsung dalam hidup dia.

Saya pun tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Harap-harap jodoh saya dan suami kekal dan kami pun dapat sama-sama bagi kasih sayang pada anak.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *