Jom Terjah Blog Remy Ishak & Teringat Kisah Lawak Tumpang Tidur Di Masjid Shah Alam

Tadi singgah blog Remy Ishak. Terbaca kisah dia tidur di masjid masa mula-mula datang ke KL. Terminat kat Remy Ishak ni dek penangan Nur Kasih.

Saya memang minat lelaki yang tall, dark and handsome. Apapun, hero di rumah tetap di hati. 😉

Tetiba teringat kisah lawak yang memang tak dapat dilupakan terutama bila lalu kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Kredit gambar : http://terjah-photography.blogspot.com

Tak ingat nama masjid ni sebenarnya. Baru je cek di Google dan terjumpa website masjid ni iaitu http://www.mssaas.gov.my/. Hebak sungguh masjid zaman sekarang. Alhamdulillah..

Kisahnya berlaku masa saya berada di tahun kedua di UTM Skudai. Dalam tahun 2000.

Pada suatu hari, seorang kawan saya Nadia ajak saya ke KL untuk berjumpa rakannya yang belajar di UIA.

Saya yang kekampungan ni tersangatla excited dapat pergi KL. Kami pergi bertiga. Saya, Nadia dan adik dia, iaitu Asma.

Kitorang bertolak lewat malam (last minute punya plan) dan sampai di Shah Alam sekitar jam 3-4 pagi.

Nak terus ke tempat kawan Nadia tu memang tak bolehlah sebab dia tinggal di kolej. Jadi, kitorang singgah di masjid ni.

Kiranya ni pengalaman pertama kitorang sampai kat masjid ni. Jadi kitorang tak tahu kat mana tempat jemaah wanita. Dahlah lampu semua tutup kan. Kiranya kitorang ni berjalan bertiga dalam kegelapan dan lepas tu tidur kat tepi dinding.

Sedang nyenyak tidur, kami dikejutkan oleh Imam yang datang untuk solat Subuh. Rupa-rupanya kami tidur betul-betul di tengah tempat jemaah lelaki.

Aduyaii… malu sangat!!

Pastu imam tu tunjukkan tempat wanita. Rupa-rupanya kat atas. Hahahaha!

Itulah kisahnya. Setiap kali lalu masjid ni mesti teringat kisah excited dapat pergi Key Ell.

Sekian, terima kasih. 🙂

p/s : Nak sambung baca  blog Remy Ishak. Suka baca cara dia menulis. Humble sangat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *