Jom Check Tahap Kesihatan Kita..

Semasa mengandungkan Baby Ali saya kurang sihat kerana ada masalah Ovarian Cyst.

Sepatutnya selepas bersalin saya buat pemeriksaan susulan. Tapi sebab saya selalu rasa saya sihat, jadi saya buat tak tahu je.

Kadang-kadang ada juga rasa sakit tapi saya abaikan je. Kononnya taknak layan sangat. Kononnya saya kan superwoman. Kononnya terpengaruh dengan The Secret bahawa tubuh kita mampu menyembuhkan diri sendiri.

Tapi bila ingat balik kisah arwah Fahiza saya rasa saya tak boleh teruskan buat tak tahu.

Makin buat tak tahu, mungkin makin tak okay. Jadi, insyaAllah dalam minggu ni saya akan buat pemeriksaan lanjut.

20120306-002445.jpg

Saya pun nak menyeru rakan-rakan semua supaya tidak mengabaikan feedback yang diberikan oleh tubuh kita.

Rasa sakit, rasa ngilu, rasa mudah penat dan sebagainya adalah feedback dari tubuh kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Bila kita tak buat apa-apa, masalah tak akan hilang tapi mungkin akan menjadi lebih teruk.

Jangan sampai kita terlambat dan menghampakan orang-orang yang memerlukan kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *