Jodoh Pertemuan Di Tangan Tuhan

Pernah dengar ayat kat atas ni?

Saya rasa ayat ni betul sangat..

Ada seorang kenalan ni. Kami just kenal macam tu je. Saya pun tak tahu dia tinggal kat mana. Tapi selalu sangat jumpa. Pergi shopping mall jumpa dia. Pergi kedai alatulis jumpa dia. Pergi breakfast jumpa dia.

Ada juga kenalan yang memang langsung tak pernah jumpa secara tidak sengaja.

Beberapa bulan lepas saya terjumpa seorang rakan sekolah saya. Rupa-rupanya semenjak 10 tahun lepas dia tinggal di taman bersebelahan tapi kami tak pernah jumpa.

Dan lepas jumpa tu sampai sekarang kami tak terjumpa lagi.

Memang betul jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kalau tuhan tak pertemukan, macamana jodoh nak sampai kan?

p/s : Bersyukur sangat dipertemukan dengan suami buat kali pertama semasa di Tingkatan 3. Masa tu sekadar kenal nama dan lepas tu tak jumpa lagi sehinggalah berjumpa kembali di UTM. 🙂

 

2 thoughts on “Jodoh Pertemuan Di Tangan Tuhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *