Jodoh Dalam Bisnes

Beberapa hari lepas saya sekeluarga makan malam di sebuah restoran.

Saya dah lama nak singgah makan di restoran ni. Setiap kali lalu, memang rasa nak makan. Tapi tak berkesempatan. Kedai tu pun nampak meriah dan banyak sangat pengunjung. Confirm la makanan dia pun sedap kan.

Tapi semasa kunjungan saya tu, makanan yang kami dapat semuanya tak sedap. Dahlah ayam yang dimasukkan ke dalam Kuey Teow Goreang yang saya makan tu berbau busuk. Memang mengecewakan.

Nak kata kedai ni tak best, memang tak logik sebab dia pun dah bertahun-tahun meniaga dan pengunjung pun ramai.

Jadi kesimpulan yang saya buat adalah saya tak ada jodoh dengan restoran ni. Mungkin makanan dia sedap. Mungkin servis dia bagus. Tapi mungkin bukan rezeki saya untuk menikmati makanan di sini. Dan mungkin juga bukan rezeki pemilik restoran.

Dan bila saya renungkan balik, jodoh dalam bisnes ni memang banyak berlaku dalam kerjaya saya sebagai seorang Unit Trust Consultant.

Contohnya hari ni ada seseorang telah emel saya untuk bertanya tentang peluang kerjaya UTC. Kalau ikutkan saya memang sangat sibuk hari ni, tetapi disebabkan saya risau saya akan terlupa untuk membalas emelnya, jadi saya terus menghubungi nombor yang diberikan.

Dia meluahkan perasaan terkejut dan kagum dengan kepantasan saya follow up dia. Tapi sebenarnya saya bukanlah terlalu pantas. Ada masanya saya menerima emel ketika saya sedang memandu. Dan seterusnya saya terlupa untuk reply sehinggalah beberapa lama.

Saya pun memaklumkan kepada dia bahawa saya terus follow up dia kerana risau saya akan terlupa jika saya bertangguh-tangguh.

Petang esok saya akan berjumpa dengannya untuk menerangkan tentang peluang kerjaya UTC. Dan insyaAllah, kalau ada jodoh mungkin dia akan jadi sebahagian ahli kumpulan saya.

Kalau tak ada jodoh, pun tak apa. Tak semestinya kalau kita tak ada jodoh dengan seseorang menjadikan orang tu jahat. Cuma mungkin dia kurang sesuai dengan kita. Daripada kita terus terseksa jiwa dan raga untuk berurusan dengan orang yang tak ada jodoh, lebih baik kita teruskan hidup dan mencari jodoh yang serasi dengan kita. 🙂

2 thoughts on “Jodoh Dalam Bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *