Jem Di Johor Bahru

Jangan ingat KL je jem teruk setiap petang.

Kat JB pun sama je. Tambah-tambah bila hujan.

Petang ni saya terpaksa menempuh sejam perjalanan dari pusat bandar Johor Bahru ke Tampoi, padahal biasanya 5 minit je.

Rasanya kat JB ni memang patut sangat-sangat buat LRT. Kalau tidak, masalah kesesakan akan jadi lebih teruk setiap tahun.

Bersyukur sangat sebab tak perlu berdepan dengan jem setiap hari. Biasanya kalau ke JB, pukul 4 saya dah bertolak balik.

Tapi hari ni memang terpaksa tempuh jem jugak sebab ada worksyop.

Walaupun jem, tapi tetap bersyukur sebab dapat naik kenderaan yang selesa.

20120217-184640.jpg

Jem teruk di flyover bertentangan Tune Hotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *