Jeles

Saya ni kuat cemburu sebenarnya.

Dan bila dah cemburu, memang tak keruan jadinya.

Semenjak kebelakangan ni saya cemburu sangat dengan blogger-blogger yang :

1. Ranking Alexa kurang 200,000 (global) dan bawah 1,000 (local).

2. Ada lebih 1000 orang yang like Facebook page blog dia.

3. Pageviews lebih 1000 sehari.

 

Ada blog yang yang memang ada niche. Ada yang takde niche. Ada yang cantik dan kemas. Ada yang nampak kelam kabut je.

Saya tahu kalau saya istiqamah saya pun akan capai juga tahap ni. Tapi memang sekarang ni rasa tak sabar sangat.

Ada sesiapa yang berperasaan sama macam saya?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *