Jeles Jeles Jeles

Setiap hari dihantui perasaan jeles dengan butik-butik yang dah established.

Dulu jeles dengan UTC berjaya. Sekarang jeles dengan pengusaha butik pulak.

Susah betul jadi orang yang ambitious ni. Jeles tak habis-habis.  🙂

 

Hari ni plan nak ke Bangi & Shah Alam. Nak hantar Shawl Nadeera & Blouse Layla. Tapi esok pagi Abang Iqbal ada GERKO (aktiviti kokurikulum). Pukul 3 petang pulak ada jemputan kenduri kahwin kawan UTC di Johor Bahru.

Esok petang jugak ada jemputan rumah terbuka di Putrajaya. Rumah geng PRS (Perosak Rakan Sebaya) masa kat MRSM PC.

Kak Long sekeluarga pun ada plan nak datang JB. Dan kalau saya ada di rumah dia nak tumpang bermalam.

 

Betul-betul dalam dilema ni. Kalau tak pergi hari ni, mungkin terpaksa tangguh ke hari Ahad. Pastu Isnin anak-anak sekolah. Kena rushing balik JB jugak. Adoi!!!

 

Pagi ni baca blog seorang usahawan butik. Seronok pulak baca luahan hati dan kesibukan dia. Rasa inspired sangat. Rasa yakin sangat saya pun boleh jadi macam dia.

Saya suka sangat dengan dunia blog ni. Sekarang saya lebih banyak baca blog daripada dengar berita @ baca surat khabar. Lagipun melalui blog, saya banyak dapat info tentang aktiviti @ promosi yang menarik. Cuma bosan jugak bila blogger yang popular asyik keluarkan sponsored post je.

Kalau jenis dua tiga blog popular sponsor produk yang sama (macam yang selalu Nuffnang buat), saya memang takkan baca. Rasa bosan je. Macam terover sangat. Saya lebih suka baca blog yang tak terlalu popular.

Pastu suka jugak baca blog yang mana penulisnya betul-betul menjadi diri sendiri. Tak suka, tulis. Tak puas hati, tulis. Bengang, tulis. Tapi yang tulis macam ni selalunya tak dedahkan identiti dia yang sebenar.

Untuk saya yang dah tentu menggunakan nama sebenar, memang tak boleh buat kerja macam ni.

 

Okay bye. Nak siap-siap. Nak hantar Blouse Layla yang nak diposkan kepada pembeli online.

Serius suka sangat bila Blouse Layla mendapat sambutan yang sangat baik. Sebab dari dulu saya mencari blouse yang labuh dan sopan, diperbuat dari material yang berkualiti, pada harga yang berpatutan.

Dulu-dulu saya terpaksa beli pada harga lebih RM150 sehelai. Ada yang dekat RM300. Sampai saya pun tak faham tang mana yang mahal. Tapi terpaksa beli jugak sebab tak banyak pilihan baju yang menutup aurat sepenuhnya.

Biasanya kalau baju dah labuh, lengan pendek @ takde lengan. Takpun baju jenis jarang dan perlu pakai inner. Takpun kainnya jenis yang mudah renyuk.

So Alhamdulillah, sekarang saya dah takde masalah nak cari baju lagi. Masalah sekarang adalah saya berkenan dengan semua design yang saya jual. Untuk koleksi terbaru, setakat ni saya baru je ambil 2 corak. Tapi bila ternampak corak-corak lain di outlet, memang rasa gerammmmm je.

 

Eh panjang la pulak cerita geram pada Blouse Layla. Kalau berminat, boleh layari Facebook Benang Hijau Collections dan cari album Blouse Layla yang terkini.

Okay bye!  🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *