Jeles

Hari ni jeles sangat.

Jeles dengan rakan-rakan yang dah selamat bersalin. Hihi..

 

Sekarang saya dah mengandung 26 minggu. Ada lagi 98 hari untuk bersalin.

Nervous sangat. Walaupun dah ada pengalaman bersalin sebanyak 3 kali, tapi tetap rasa ngeri.

 

Semalam jumpa seorang sahabat bernama Mezik. Kami sama-sama belajar di UTM dulu. Sebilik masa program Forecast UTM-MARA tahun 1999.

Masa tahun 2 kami sama-sama belajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik tapi dalam kos yang berlainan.

 

Lepas degree, Mezik amik Masters dalam bidang yang sama dan sekarang dia bekerja sebagai pensyarah di UiTM Machang.

Selain tu, Mezik pun merupakan peniaga pakaian kanak-kanak dan aksesori. Dia selalu ambil stok barang dari China. Dia dah start memborong pada tahun 2010 lagi semasa saya mengandungkan Ali.

 

Sekarang Mezik ada dua outlet di KB Mall dan Tesco Kota Bharu. Dan dah jadi kaya raya dengan berniaga.

Eh eh panjang pulak biodata Mezik. Hahahaha..

 

Mezik pun baru lepas bersalin. Tapi kesian jugak sebab dia dipaksa bersalin semasa kandungan berusia 7 bulan kerana masalah tekanan darah tinggi. Masa keluar, baby dia cuma 1.2kg sahaja. Alhamdulillah sekarang baby dia membesar dengan sihat.

 

Seronok bincang-bincang pasal bisnes dengan Mezik. Sempatlah bertukar cerita pasal masalah pekerja dan juga bincang macamana nak majukan lagi bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

 

Mezik ni suka merendah diri. Walaupun dia lebih lama berniaga dan lebih banyak pengalaman, tapi dia pun tak kekok minta pendapat dan juga tunjuk ajar saya tentang marketing.

 

Saya pun sekadar share apa yang saya belajar dan apa yang saya dah buat sepanjang saya berniaga.

Bina jenama. Jaga kualiti produk kita. Kena ada budget untuk promosi. Dan kena buat promosi secara berterusan.

Pada peringkat awal memang agak slow. Tapi bila orang dah kenal, insyaAllah kita boleh jual produk kita dengan lebih mudah.

 

Saya belajar pasal jenama ni dari buku Donald Trump. Katanya kalau nak berjaya, kena jual jenama, dan bukannya jual barang.

Sebab kalau jual barang tanpa jenama, ada banyak pesaing. Pesaing akan berebut-rebut turunkan harga barang. Dan akhirnya peniaga akan rugi.

Kalau kita jual jenama, kita boleh kawal berapa harga barang yang kita jual dan keuntungan kita lebih banyak.

 

Ibarat handbag original dan tiruan. Modal pembuatan produk mungkin tak banyak beza antara produk original dan produk AAA. Tapi harga yang dijual tersangatlah berbeza.

 

Eh jauh pulak melalut. Dari jeles sampai kepada Mezik dan Donald Trump. Hahaha..

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *