JB – Bangi – Shah Alam – Nilai

Pukul 10 pagi semalam bertolak ke Bangi.

Sampai kat sana terkejut tengok pelanggan dalam butik. Serius ramai. Rasa macam tak percaya saya merupakan pemilik butik yang ada pelanggan seramai ni. Terharu pun ada.

Tapi saya jadi lost kejap. Tak tahu nak layan pelanggan yang mana.

Bila tengok macam ni, memang rasa kena tambah lagi pekerja di butik. Memang tak cukup dua orang pekerja je.

Plan nak singgah Bangi sekejap je. Ambil baju yang baru sampai. Pergi ke Shah Alam. Singgah berbuka di rumah kakak angkat dan lepas tu singgah rumah kakak di Nilai. Tapi bila dah terlalu sibuk, tak sanggup nak tinggalkan butik macam tu.

Jadi saya dan suami stay sampai pukul 9.30 malam. Berbuka puasa pun di butik je. Makan kuih je.

Habis je waktu berbuka, butik kena serang lagi. Ada juga pelanggan yang tumpang solat di butik dan terus sangkut. 🙂

Alhamdulillah… memang sambutan sangat sangat di luar jangkaan. Memang rasa berbaloi-baloi sangat take over butik ni. Mungkin sebab lokasi butik yang agak strategik sebab berdekatan dengan beberapa restoran yang popular di Seksyen 9.

Dalam pukul 9.30 malam bertolak ke Shah Alam. Hantar stok jubah princess dan juga pergi tengok dan ubah susun atur barang dalam kedai.

Alhamdulillah sales di Shah Alam pun agak memberansangkan walaupun outlet kat situ agak kecik.

InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nak bukak butik di area Jalan Plumbum Shah Alam sebab kawasan tu memang sangat hot.

Pastu nak cari lokasi yang hot di JB dan buka butik yang besar untuk kawasan JB sebab sekarang outlet di JB tak besar sangat dan tak boleh nak display semua produk Benang Hijau.

Dari Shah Alam, bertolak ke rumah kakak di Nilai. Sampai rumah dia pun dah pukul 11 lebih.

Sembang-sembang dengan famili sampai pukul 1 lebih pastu tidur. Serius rasa penat sangat sebab masa di Bangi memang berdiri je melayan pelanggan dan menggantung baju-baju yang baru sampai.

Sepanjang saya melayan pelanggan, ada jugak terdetik bestnya kalau ada kenalan yang kebetulan datang ke butik.

Sekali sebelum waktu berbuka ada satu family datang dan si suami adalah rakan sekolah semasa di MRSM PC. Tapi kitorang pun tak pernah berbual. Mula-mula rasa segan nak tegur. Tapi saya tegur jugaklah. Sebab excited jugak jumpa orang yang kenal. 🙂

Sekarang masih di rumah kakak. Kejap lagi nak bertolak balik ke JB untuk hantar baju-baju yang baru sampai semalam.

Harap-harap sales hari ni lebih meletop dari semalam. :))

 

One thought on “JB – Bangi – Shah Alam – Nilai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *