Jatuh Cinta Dengan Koleksi Blouse Layla Dari Benang Hijau

Semenjak balik dari KL dan melihat koleksi terkini Blouse Layla, memang jatuh cinta sangat.

Saya berkenan dengan semua corak blouse ni. Dah tentu saya yang pilih coraknya kan. Hehehe..

Tapi serius, kali ni berkenan lain macam. Berkenan sangat. Serius menyesal tak buat extra untuk size saya. Sebab sekarang rasa bersalah kalau nak amik sehelai bagi setiap corak.

Tapi dalam pada bersalah, siang tadi grab satu. Saje pakai baju baru untuk ke rumah terbuka Kak Mazni di Senibong Cove.

Cantik sangat rumah tepi sungai. Dengan interior design yang mewah. Memang menggoda.

Pastu pulak Nasi Arab marvellous. Dan kambing panggang pun tersangatlah sedap. Confirm tahun depan kena pergi lagi ke rumah Kak Mazni.

Kak Mazni ni usahawan berjaya. Ada banyak bisnes selain jadi Agency Manager Public Mutual. Dia pun ada buat insurans. Pastu ada bisnes Snogurt. Dan juga ada restoran masakan Arab. Hebat sangat.

Kagum sangat macamana dia uruskan banyak-banyak bisnes. Sebab saya pun rasa tak mampu nak involve dalam bisnes lain buat masa ni.

 

Balik dari rumah Kak Mazni, singgah kiosk Benang Hijau di Permas Jaya. Tak sangka Blouse Layla yang dipakaikan pada patung sama pulak dengan yang saya pakai.  🙂

Nilah gambar blousenya..

972339_502984486444922_837656150_n

Cantik kan kan kan? *inisemuapoyo*

Dari Permas Jaya, terus balik rumah sediakan makanan untuk Abang Iqbal dan Abang Adi yang puasa.

Ada seorang staf saya SMS dan bertanyakan soalan mencabar. Macamana saya didik anak supaya jaga solat. Mungkin sebab dia pernah ternampak Adi menangis bila bangun tido sebab terlepas solat Asar.

Dalam hal ni kan, saya nak berterima kasih kepada ustaz dan ustazah Sekolah Rendah Islam Hidayah yang telah membantu mendidik anak-anak saya menjadi anak yang soleh.

Didikan ustazah dan pergaulan dengan rakan-rakan dari keluarga yang baik-baik telah membantu membentuk anak saya untuk jadi soleh.

Bukan nak memuji anak sendiri. Tapi nak memuji sekolah yang telah membantu mendidik anak saya. Anak saya pun tak sempurna. Aktif dan suka main. Cuma dalam bab-bab ni memang bagus.

Semoga penjelasan ni cukup untuk menjawab pertanyaan Cik Adik yang bertanya ya. Kiranya kalau nak anak soleh, pastikan dia bergaul dengan orang-orang yang soleh.

Okay bye. Sampai jumpa lagi!  🙂

One thought on “Jatuh Cinta Dengan Koleksi Blouse Layla Dari Benang Hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *