Jangan Sedih Bila Orang Bercakap Tentang Kita..

Beberapa hari lepas, seorang rakan meluahkan perasaan sedihnya pada saya.

Dia sedih kerana ada seorang kenalannya memburuk-burukkannya kepada orang lain.

Sebagai manusia biasa, semua orang pasti akan mengalami masalah ni. Lagi popular, lagi berjaya, pasti lagi ramai yang tak suka.

Dalam menangani masalah sebegini, saya berfikir macam ni…

Kalau orang yang dengar cerita negatif tu terpengaruh dan mula menjauhkan diri dari saya, tanpa cuba mengetahui kisah sebenar dengan meminta penjelasan dari saya, maknanya orang yang terpengaruh tu pun memang tak sesuai bersahabat dengan saya, dan tak patut mendapat tempat di hati saya.

 

Dalam hidup ni, pasti akan ada orang yang tak senang melihat kesenangan dan kejayaan kita. Tapi takpe, kita tak perlukan 1000 sahabat untuk menjadi orang yang bahagia. Seorang sahabat yang betul-betul memahami kita pun dah mencukupi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *