Jangan Letak Gambar Saya Kat Blog Awak Tau!

Hahaha..

Itulah pesanan beberapa orang kenalan yang saya jumpa baru-baru ni. Maklumlah saya ni kan suka abadikan kenangan di blog. Jadi diorang risau saya masukkan gambar diorang di blog.

 

Jangan risau ye kawan-kawan semua.

Sebelum saya masukkan, saya akan minta kebenaran dulu. Saya faham kadangkala kita nampak gambar tu ok, tapi tuan punya badan nampak dirinya comot, selekeh dan sebagainya.

Jadi sebelum saya masukkan gambar mana-mana individu saya akan minta kebenaran dulu. Kalau tak minta tu, maknanya gambar anda selamat. 🙂

Ada juga yang pesan, jangan tulis ni kat blog awak ya. Hahahaha..

Macam la blog saya ni glamer sangat.

Agaknya inilah perasaan wartawan terutamanya wartawan hiburan. Mesti artis yang jumpa dia cakap macam ni jugak.

Yang saya notice lagi, ada beberapa rakan di luar Johor yang ingin mencuba tempat-tempat makan yang saya syorkan.

Saya pulak jadi risau. Tempat yang saya syorkan tu memang saya suka. Tapi belum tentu kena dengan selera orang lain kan.

Apapun saya rasa happy jugak sebab dapat bantu bagi promosi percuma pada tempat-tempat tersebut.

Saya buat macam ni sebab saya suka sangat bila dapat referral dari klien. Jadi saya pun nak buat benda yang sama pada usahawan-usahawan di sekeliling saya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *