Jangan Ingat Awak Tu Unik Sangat Ya!

Saya pernah terbaca satu artikel tentang institusi kekeluargaan yang semakin hari semakin banyak masalah.

Menurut satu kajian, 85% keluarga adalah keluara yang bermasalah samada kematian ibu bapa, perceraian, ibu bapa yang sakit dan sebagainya.

Dan 15% yang kelihatan okay juga sebenarnya ada masalah lain seperti ibu bapa tidak bekerja, ibu bapa terlalu sibuk, ibu bapa ada orang ketiga dll.

Pendek kata, tak ada sebuah keluarga yang 100% normal seperti yang kita bayangkan.

Jadi, kepada yang rasa keluarga anda ada masalah, ayah anda tak okay, mak anda tak okay atau anda tak berjaya sebab keluarga anda bermasalah, tolong sedar diri.

Jangan ingat awak tu unik sangat ya!

 

 

Hari ni juga saya berpeluang berbual dengan seseorang yang saya nampak okay sangat. Rupa-rupanya dia sendiri merupakan mangsa perceraian dan dia seolah-olah tiada tempat mengadu walaupun ibu bapa masih ada.

Kalau sebelum ni saya yang sudah tak ada ibu rasa jeles sangat dengan orang yang masih ada ibu, saya mula insaf dan bersyukur dengan apa yang ada.

At least saya ada seorang ayah yang agak rapat dengan saya. Saya juga ada suami dan anak-anak yang sangat menyayangi saya. Alhamdulillah.. bersyukur sangat!

4 thoughts on “Jangan Ingat Awak Tu Unik Sangat Ya!

  1. Khairul

    Anak2 yg menjadi mangsa susulan daripada situasi ibu bapanya biasanya bersedia atau cuba bersedia dengan apa yg dihadapi namun apabila sampai ke pengetahuan umum akan hal keluarga mereka, layanan daripada umum itu seperti membezakan dengan memberikan simpati yg terlampau kadangkala…menjadikan kami rasa lain, rasa lebih rendah diri. Layanlah secara normal kerana kami sentiasa cuba menerima hakikat. Setiap musibah itu ada hikmah, ada kemanisan yg terselit pada setiap kepahitan. Percayalah, kami sedar diri dan kami lebih belajar apa itu kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *