Jalan-jalan di Sungai Mekong

Nak citer.. tapi malasnya nak masukkan gambar. 🙂

Tapi takpe. Kalau ada masa nanti saya update gambar jugak.

Setiap kali datang Vietnam, memang tak rasa nak jalan-jalan melawat ke tempat menarik kat sini.

Sebab saya tak suka meleweh-leweh. Saya datang, saya beli kain. Beli baju kurung. Beli kain lagi. Beli tudung. Beli itu. Beli ini. Pastu balik.

Kali ni pergi sebab kawan tu memang nak sangat pergi. Dah buat research secara mendalam.

Kalau dia pergi sorang, dia kena join rombongan dengan siapa-siapa. Kesian pulak kan. Jadi saya dan peserta trip saya kali ni pun pergi la jugak.

Tapi memang sangat best.

Nak bot, naik perahu, naik kuda. Makan madu. Makan coklat kelapa.

Bila banyak berjalan, memang seronok tengok kehidupan orang di negara lain.

Kita berbeza. Tapi hakikatnya kita sama.

Semua orang struggle. Semua orang ada masalah. Semua orang ada keluarga yang dia sayang. Semua orang perlukan perkara asas untuk hidup. Dan semua orang cuba buat yang terbaik dalam perkara yang dia tahu.

Dan bukan pilihan kita untuk dilahirkan di sesebuah negara, untuk lahir dalam keluarga yang macamana, untuk dapat pendidikan setinggi mana.

Kiranya semua tu dah ditakdirkan.

Memang betul, ramai orang berjaya sebab dia rajin dan gigih berusaha. Tapi jangan sombong. Sebab pokok pangkal semuanya dari Allah.

Kalau kita pandai tapi dilahirkan di negara kurang maju. Atau keluarga terlalu miskin. Atau kita tak sihat. Kita pun mungkin tak berjaya.

Kiranya kita berada di tempat kita berada sekarang adalah disebabkan takdir Allah yang mana semua tu pun boleh ditarik bila-bila masa.

Ya Allah jauhnya ulasan dari kisah jalan-jalan di Sungai Mekong. 🙂

Okay saya nak keluar dulu. Nak beli kain sekejap. Kalau lambat-lambat nanti kedai tutup.

InsyaAllah balik Malaysia nanti saya bercerita panjang.

p/s : Panjang jodoh dengan Vietnam. Boleh kata setiap 2 minggu ada orang nak join pakej saya memborong. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *