Jalan Jalan Cuci Mata di Plaza Angsana

Malam ni rasa nak sangat jalan-jalan cari kuih raya.

Hampir pukul 10 saya singgah di Jusco Taman Universiti untuk hantar surat untuk mohon cuti raya.

Kat Jusco ni kalau ikutkan tak boleh cuti. Tapi ada beberapa hari dalam setahun yang dibenarkan cuti. Tapi kalau dah cuti time raya Aidilfitri, dah takleh cuti time raya Cina. Dan kalau nak cuti pulak, kena apply.

Jadi terpaksalah saya mengarang ayat penuh sopan santun untuk mintak cuti raya bagi outlet Benang Hijau di Jusco Taman Universiti, Jusco Bukit Indah & Jusco Permas Jaya.

Nak cuti pun takleh lama. Maximum cuti adalah dua hari setengah. Hari terakhir Ramadhan kena berniaga sehingga pukul 5 petang. Dan hari ketiga raya kena kembali berniaga seperti biasa.

Lepas singgah hantar surat pada management Jusco, saya pun ajak suami jalan-jalan cuci mata.

Tak tahu nak pergi mana sebenarnya sebab kebanyakan tempat kan dah tutup pukul 10 malam.

Alih-alih bila lalu depan Angsana, nampak meriah sangat so saya ajak suami singgah beli kuih raya.

Rupa-rupanya Angsana tutup pukul 12 malam sepanjang bulan puasa ni. Saya sampai dalam pukul 10.30 tapi pengunjung masih ramai. Patutlah orang yang berniaga kat Angsana ni untung besar. Ni yang rasa gatal nak menyibuk kat Angsana tahun depan. 🙂

Saya mencari Popia Nestum dan Alhamdulillah dapat beli satu balang Popia Nestum yang sangatlah sedap.

Maaf takde gambar. Sebab saya memang malas nak ambil gambar dan upload. Saya cuma rajin mengayat sahaja. 🙂

Selain tu, saya beli Kuih Makmur dan juga Kek Buah Kukus.

Lepas tu jalan-jalan dalam Plaza Angsana. Saja nak tengok baju-baju yang dijual, harga baju dan juga cara display baju.

Kalau dulu masuk butik tengok baju. Tapi sekarang sibuk tengok lantai, dinding, bumbung, perabot dan susun atur butik selain tengok harga baju.

Tapi rasanya harga baju-baju yang dijual di Plaza Angsana agak berpatutan. Harga lebih kurang sama dengan tempat lain walaupun sewa kat sana tersangat mahal pada bulan puasa ni. Mungkin sebab persaingan terlalu banyak.

Kalau niat nak membeli tadi, memang rambang mata. Tapi disebabkan niat nak survey, memang puas hati. Banyak idea baru yang kami dapat tadi.

Esok staf Benang Hijau di airport Senai cuti jadi saya dan suami akan bertugas di sana. Kelebihan kedai di airport ni sebab berpeluang untuk berjumpa dengan selebriti dan orang-orang terkenal. Siang tadi staf yang bertugas di airport excited sangat sebab ada artis singgah beli shawl.

Okay bye. Nak rehat dulu. Esok pukul 7 pagi dah bertugas di Airport Senai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *