Jakarta

Alhamdulillah…. selamat sampai di rumah. 🙂

Dari 20-23hb yang lepas saya, suami dan Yaya pergi ke Jakarta.

Disebabkan ada banyak persinggahan, jadi kami drive je ke KL. Pastu kereta parking di butik dan minta tolong staf untuk hantar dan ambil di airport.

Alhamdulillah seronok sangat pergi Jakarta. Menyesal tak pergi awal-awal dulu.

 

Hari tu dah memborong banyak di Guangzhou so kononnya tak nak memborong sangat di Jakarta. Kononnya nak tengok-tengok je.

Tapi bila dah sampai di sana, mestilah tak jadi tengok kan. Alang-alang dah berkenan, teruslah membeli jugak.

Secara keseluruhannya, banyak jugaklah kami borong kain di Jakarta.

 

Tapi seronok kat sana sebab senang nak makan dan takde masalah bahasa. Pastu pakaian kat sana pun memang lebih kurang je dengan pakaian di Malaysia ni so untuk yang buat bisnes pakaian memang sesuai sangat.

Tapi saya tak borong pakaian siap. Saya cuma borong kain sahaja.

 

Kalau tak travel, saya memanglah senantiasa berdua-duaan dengan suami. Tapi bila travel bersama, kemesraan dia lain macam. Mungkin sebab kita dah takde orang lain dan pasangan kita tulah tempat kita nak berbual, bergaduh, mengadu dan bercerita. Jadi perasaan sayang tu lebih sikit. Hihihi..

Pastu bila travel dengan baby ni kan, walaupun agak memenatkan, tapi sebenarnya syok jugak. Pertama, sebab baby kan comel dan menghiburkan hati. Kedua, orang sekeliling pun akan menjadi lebih mesra dengan kita sebab excited dengan baby. Ketiga, selalu jugak dapat keistimewaan dan dapat potong queue. 🙂

Memang tak serik bawak Yaya berjalan dan sekarang pun kalau ikutkan rasa nak book tiket lagi. Hahaha..

Tapi taklah kan. Barang-barang yang dah beli sebelum ni pun belum sampai. Hihihi..

 

Kami sampai KL dalam pukul 8 malam hari Sabtu. Kalau ikutkan hati, rasa nak terus balik KB sebab dah rindu pada abang-abang hensem.

Tapi kami singgah rumah kakak dulu. Kalau sesaja nak pergi, memang tak sempat. Terlanjur dah ada di KL, ambil peluang beramah mesra.

Dan kebetulan siang tadi pun ada open house di rumah sahabat zaman sekolah. So amik peluang jumpa kawan-kawan lain jugak.

Bak kata pepatah, “The investment in relationship will pays the highest dividend”. So insyaAllah dalam kesibukan akan cuba luangkan masa untuk invest in relationship.

Alhamdulillah sekarang ni dah tak sibuk macam dulu. Bisnes pun dah boleh berjalan lancar tanpa ketiadaan kami. So insyaAllah lepas ni dah ada lebih banyak masa untuk reconnect dengan ahli keluarga dan kawan rapat.

 

Sebenarnya ada banyak sangat perkara berkaitan bisnes yang saya sedar saya perlu improve. Tapi dalam bisnes ni kan, kita tak boleh terlalu cerewet.

Buat dulu. Pelan-pelan kayuh. Dan kita cuba improve sedikit demi sedikit.

Kalau terus nak perfect. Terus nak mantap. Terus nak sempurna. Memang tak menjadi.

 

Tapi sekarang ni memang takdelah nak komen-komen pasal bisnes orang. Walaupun nampak ada benda yang boleh diperbaiki, tapi saya bersangka baik. Mungkin owner tu pun nak perbaiki. Tapi maybe dia sibuk sangat. Maybe tak cukup kakitangan. Maybe dah dalam proses.

Satu lagi, takde pun istilah pesaing dalam perniagaan. Kita berjaya @ gagal, bukanlah disebabkan pesaing kita. Tapi disebabkan pilihan kita sendiri.

Kita yang pilih apa barang yang nak dijual. Berapa banyak yang nak dijual. Macamana kita nak iklankan. Nak jual online @ offline. Macamana cara nak uruskan order. Semua pilihan tu di tangan kita. Dan semua tu yang menentukan kejayaan kita.

Kita berniaga sebab nak tolong penuhi permintaan pelanggan di samping tolong bagi peluang pekerjaan pada pekerja kita. Peniaga lain pun sama jugak. Dia pun nak penuhi permintaan pelanggan dan bagi peluang pekerjaan pada pekerja dia jugak. So kita sama je. Takde istilah persaingan pun sebenarnya.

Kalau dia lebih maju, Alhamdulillah. Baguslah. Dia dapat tolong lebih ramai orang. Dan hakikat sebenarnya, dia pun lebih sibuk dan lebih besar tanggungjawab.

Kalau kita nak jadi sibuk dan ada tanggungjawab lebih besar pun boleh jugak. Semua bergantung kepada kemahuan kita. Sejauh mana kita nak sibuk. Setakat mana kemampuan kita nak uruskan bisnes kita.

 

So, jangan stress. Jangan tension. Jangan terlalu paksa diri. Wat lek. Wat peace. Enjoy the moment.

 

Ni sebenarnya ingatan untuk diri sendiri jugak. Sebab diri sendiri ni suka pressure diri sendiri. Bila tak sibuk, suka nak sibukkan diri. Hihihi..

 

Okay bye. Nak rehat dulu. Tak sabar nak jumpa pekerja-pekerja tersayang esok. 🙂

 

 

 

 

2 thoughts on “Jakarta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.