Jaga Kedai..

Petang ni kedua-dua staf di Benang Hijau Skudai bercuti.

Terpaksalah Pengurus Berbadan Besar jaga kedai.

Suami kata bagus jugak. Boleh bagi servis yang lebih baik pada pelanggan. Hehehe..

Lagipun kalau dok rumah pun saya nak baca buku je. Jadi okaylah kot. Jaga kedai sambil baca buku. 🙂

Semalam jalan-jalan di MPH. Terbeli 4 buah buku biografi iaitu Azizi Ali, Mydin, Khalid Ibrahim dan juga Syed Mokhtar Al Bukhari.

Buku Khalid Ibrahim sangat ringkas tapi menarik.

Dulu bila baca kisah orang yang berjaya, rasa macam benda tu jauh sangat. Rasa macam bukan senang nak capai.

Tapi selepas baca buku Outliers, rasa macam saya pun boleh. Memang betul, ramai yang berjaya disebabkan nasib baik. Tapi bukanlah disebabkan nasib baik semata-mata. Ia juga disebabkan oleh sikap yang positif, tekun dan tak mudah mengalah.

Dan yang penting kalau kita juga positif, tekun dan tak mudah mengalah, kita pun boleh ubah nasib kita.

Update : Tak sempat nak baca buku pun. Sibuk kira stok dan melayan pelanggan. Dan Alhamdulillah sales kedai lebih banyak dari biasa. Kena datang selalu nampaknya ni. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *