Jaga Anak Pun Dapat Pahala..

Pagi ni Baby Ali manja sangat. Nak ajak bergurau je. Sampaikan saya tak boleh buat kerja jadinya.

Tension jugak kalau ikutkan. Maklumlah ada beberapa emel yang perlu dibalas, nak buat surat taklimat dan sebagainya.

Bila fikir balik, tujuan saya bekerja keras adalah untuk tolong orang untuk dapat pahala.

Tapi jaga anak pun dapat pahala kan.. 🙂

Dahlah syok pulak tu bergurau senda dan bergelak ketawa dengan Baby Ali.

Jadi kepada ibu-ibu yang tak bekerja, jangan tension-tension ya. Hargailah masa bersama keluarga. Kadangkala lebih baik jaga anak daripada kerja.

Memanglah kalau kerja boleh pegang duit sendiri tapi kalau duit tu pun dihabiskan untuk beli benda yang tak terlalu penting pun tak guna jugak kan.

Betul betul?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *