Isu Hamza Kashgari – Hanya Kerana Tweeter

Mula-mula terbaca pasal isu ni di portal Malaysiakini. Tertarik untuk tahu lebih lanjut bila melihat wajahnya yang kelihatan sungguh bermasalah.

Hamza Kashgari (Kredit to MalaysiaKini)

Buat sedikit research di internet rupa-rupanya dia dikehendaki di Arab Saudi kerana menghina Rasulullah SAW di Tweeter.

Untuk maklumat lanjut tentang isu ini, boleh baca di sini.

Saya memang tak setuju sangat dengan tindakan dia dan tak nak ulas panjang tentang hal ni.

Yang saya nak ulas adalah satu pepatah lama berbunyi,

Sebab mulut, badan binasa

Di zaman internet ni, kita kena berhati-hati dengan apa jua statement kita samada di blog, Facebook atau Tweeter. Begitu juga dengan SMS.

Ini kerana, semua ini boleh dijadikan bahan bukti yang diterima di mahkamah.

Kalau tak silap saya di Malaysia ni pun pernah ada orang yang mendapat cemuhan kerana menghina agama Islam seperti kes Makcik Hajah Sitt Al Wazura, pastu seorang wanita yang statusnya di FB menghina Johor dan seorang lelaki yang komennya di FB menghina negeri Sabah.

Malah, dalam kes Pekerja KFC Belasah Pelanggan di KFC I-City Shah Alam pun, pihak polis telah membuat kenyataan bahawa mereka akan menyiasat individu yang menulis komen berbaur perkauman tentang isu ini.

Semoga apa yang berlaku kepada Hamza Kashgari ini menjadi pedoman kepada kita supaya tidak menggunakan kebebasan bersuara sewenang-wenangnya.

Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *