Isteri Yang Gembira

Semenjak 1 Julai yang lepas, saya merupakan seorang isteri yang sangat gembira.

Gembira sebab saya dan suami dah kerja di syarikat yang sama. Wohoooo!!

Pagi tadi suami edit gambar. Dan saya upload gambar ke FB. Pastu jawab PM, SMS dan WhatsApp dari pelanggan.

Pastu dapat call dari wakil sebuah syarikat yang nak borong kain, shawl dan telekung untuk dihadiahkan kepada lebih 50 orang staf sebagai hadiah sempena menyambut Aidilfitri.

Serius hati berbunga-bunga riang bila dapat panggilan ni.

Pastu mula rasa nak fokuskan buat marketing kepada syarikat dan jabatan-jabatan pulak. 🙂

Dalam pukul 12 keluar ke Benang Hijau Umall sekejap. Pastu pergi ke Benang Hijau Permas Jaya bersama-sama business partner tercinta.

Lepas tu singgah Benang Hijau Tesco Bukit Indah untuk bayar sewa kedai kepada pihak management.

Sejujurnya sales kat Tesco ni sangat teruk berbanding outlet-outlet lain. Jadi tadi saya pun dah hantar notis untuk keluar. Kat sini kena bagi notis sebulan. Jadi mulai 19hb Ogos nanti kami dah tak beroperasi di Tesco Bukit Indah lagi.

So lepas ni nak cari kedai di Angsana @ Danga City Mall @ Galleria (Kotaraya) @ City Square @ Jusco Tebrau.

Memang macam nilah berniaga kan. Kalau memang tak okay, tak perlu dipertahankan.

Memanglah boleh bayar duit sewa dan gaji pekerja. Tapi untung sikit sangat dan tak berbaloi dengan masa dan tenaga yang dicurahkan. Lebih baik cuba di tempat yang lebih strategik.

 

Lepas jumpa management Tesco Bukit Indah, dalam pukul 5 petang buat pertama kalinya saya singgah ke Bazar Ramadhan. Sebabnya teringin nak makan Nasi Dagang.

Kat Bazar Ramadhan Taman Universiti ada satu gerai yang menjual Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak Kukus dan Pulut Panggang. Memang setiap tahun dia berniaga kat sini dan Nasi Dagang dia memang awesome!!! Pulut panggang pun sama.

Kalau nak makan pulut panggang, kena pergi awal-awal. So tadi Alhamdulillah dapatlah saya beli Nasi Dagang dan Pulut Panggang.

Pastu jalan-jalan lagi cari kedai Karipap Sedap pulak. Karipap yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Memang setiap tahun dia berniaga di Bazar Ramadhan Taman Universiti. Alhamdulillah tahun ni dia ada lagi.

Bisnes dia memang maju. Pukul 5 karipap dah habis. Saya yang datang pukul 5 ni menjadi antara pelanggan terakhir dia untuk hari ni. Memang dah patut bukak francais dah abang ni. Sebab karipap dia memang terbaikkkk!!

Dah dapat Nasi Dagang, Pulut Panggang dan Karipap Sedap, sempurnalah hidangan buka puasa saya untuk hari ni. Bolehlah balik rumah dengan gembira. 🙂

Sampai kat rumah, duduk depan computer tengok gambar butik-butik orang lain. Dan tetiba perasaan jeles yang tebal muncul di sudut hati.

Jeles sangat dengan orang yang kreatif dan pandai hias butik. Pastu jeles dengan orang yang pandai design baju. Pastu jeles dengan orang yang pandai buat Graphic Design yang cantik. Jeles jeles jeles.

Bukan tak bersyukur. Tapi rasa jeles dan berusaha untuk perbaiki butik sendiri. 🙂

Okay bye!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *