Interview Melalui Voice Note

Alkisah ada seorang student nak interview tapi disebabkan sesama busy jadi saya suruh dia interview melalui whatsapp sahaja dan saya reply melalui voice note.

Ni antara soalan dia,

Bila sekarang perniagaan dah stabil, puan still pergi hadiri kursus kursus perniagaan ke?

Hehehe..

Tak tahulah usahawan lain kan.

Tapi saya ni macam tak stabil stabil je.

Perniagaan ni ada banyak fasa dan setiap fasa ada cabaran dia.

 

Tapi bab hadiri kursus tu memang rajin.

Last two week kan pergi kursus DNA kan.

Pastu Isnin lepas pergi seminar Peta Perjalanan Bisnes Anda oleh Ibu Hanim.

Kali ni pergi dengan Amni dan Diba.

Saja ajak dorang ikut supaya dapat belajar bersama sama.

 

 

Dan esok pulak akan pergi seminar Agent System Mastery.

Nak belajar pasal cara cara buat sistem ejen yang powerrrrr!!!

 

 

Saya ni memang suka belajar.

Tapi sebenarnya bab nak implement lemahhhh sangattttt.

Suka bertangguh dan tak suka nak fikir lebih lebih.

Nak kena ada someone yang push.

 

 

Hari ni mood sangat baik dan banyak sangat update status kat FB.

Disebabkan mood nak menulis membuak buak, maka mehlah kita update blog. Hihihi..

 

 

Okay sampai jumpa lagi.

Bye!!!

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge