InsyaAllah Ada Jalannya..

Nak raya ni kan.. peniaga kain dan baju memang perlukan duit banyak.

Sebab rugi kalau tak sediakan stok yang banyak.

Satu lagi, kalau dah lewat sangat, kilang jahit pun dah taknak terima tempahan dan baju yang ditempah pun mungkin lambat sampai.

Jadi, kena ada duit banyak sebulan sebelum puasa.

Saya ni pulak berani sangat.

Time ni la nak bukak cawangan Benang Hijau kat Airport Senai. Bayar duit deposit kedai. Bayar duit renovation.

Campur duit iklan kat majalah lagi.

Duit paperbag lagi.

Serius banyak.

Mujurlah bisnes retail ni setiap hari dapat duit. Jadi bolehlah kumpul duit sikit-sikit.

Apa yang saya nampak jugak, jangan stress sangat. Sebab setiap cabaran, pasti ada jalan keluarnya. 🙂

 

Di pagi Sabtu yang indah ni kononnya nak duduk-duduk kat rumah. Tapi hati tak senang la. Rasa tak sedap hati tak singgah kedai. So kejap lagi nak singgah outlet di Tesco Bukit Indah & Jusco Bukit Indah.

Okay bye!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *