Inner Yaya

Sebenarnya nak sangat update blog tapi malam-malam sibuk dengan Yaya. Dia sekarang dah makin bijak. Nak kena tengok @ pegang @ main dengan dia je. Jadi memang tak sempat nak update blog.

Sekarang Alhamdulillah dah ada makin ramai admin. Admin online dan admin packing semuanya dah ada 6 orang. Jadi urusan memproses order lebih lancar dan saya pun dah kurang sibuk.

Memandangkan rumah pun dah bertukar menjadi kilang dengan jumlah semua pekerja lebih 20 orang, jadi hari ni suami beli mesin punch card.

Hahaha.. kelakar sangat bila diorang dok tunggu nak punch card.

 

Hari ni pun saya lantik seorang pekerja yang senior sikit untuk jadi Assistant Manager. Sebenarnya saya pun taklah tengokkkkk je diorang buat kerja. Selalunya saya di bilik dengan Yaya sambil buat kerja saya. Saya percaya diorang semua bekerja dengan penuh bersemangat. Cuma lantik Assistant Manager bagi melancarkan lagi urusan production.

 

Lepas raya ni insyaAllah production team akan berpindah ke rumah kedai. Memang dah tak boleh terus macam ni sebab dah semakin huru hara. Hahaha..

 

Semalam warwarkan produk terbaru kami iaitu Inner Yaya. Sebenarnya tak tahu nak bagi nama apa. Tapi sebab bila dah dilipat tu kan dia jadi comellll sangat. Macam baby. So jadilah ia Inner Yaya sebab comel macam baby Yaya.

Inner Yaya ni inner bawal. Ia sesuai untuk wanita yang nak pakai shawl tapi nak maintain muncung. Dan juga sesuai dipakai dengan tudung yang jarang. Eh, terpromosi pulak. Hahaha…

 

Malam ni ada photoshoot untuk koleksi terbaru. Serius excited sangat. Bila dah dipakai oleh model serius nampak cantik dan gojes sangat. Tak sabar nak upload. Hihi..

 

Siang tadi ada editor majalah call. Nak pinjam baju untuk shoot dengan artis. Saya terus cakap, boleh je. Jemput datang butik untuk ambil baju. Tapi sebenarnya butik kami ni tak jual baju ekslusif sangat. Kami jual baju biasa-biasa. Untuk orang yang suka baju biasa-biasa. Hahaha… jujur tak jawapan.

 

Dulu-dulu memang ada perasaan jeles bila tengok koleksi baju raya butik butik lain. Tapi sekarang dah tak sangat. Memang ada orang nak baju raya yang debaboom. Tapi pasaran untuk baju raya biasa-biasa pun ada.

 

Dulu-dulu pun jeles bila tengok bisnes orang lain yang meletop. Tapi sekarang dah bijak sikit. Dah tahu dah. Makin meletop, makin sibuk dan makin besar tanggungjawab. Nak naik tak mudah. Dan nak jatuh tak susah.

Bila dah besar, memang kena harapkan orang lain. Dan bila dah harapkan orang lain, memang kena bersedia untuk menghadapi masalah. Cuma harapnya masalah tu tak terlalu besar sehingga boleh menjejaskan bisnes.

 

Bila dah makin ramai pekerja, soal yang lebih penting adalah untuk terus dapat berikan peluang pekerjaan pada diorang. Sekarang tanggungjawab dah makin besar. Dan kena lebih serius.

Ish dah panjang sangat ni. Okay bye. Sampai jumpa lagi. 🙂

 

 

One comment

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge