Ingat Senang Ke Jadi Mak Orang?

Hari ni agak sibuk. Pergi Maybank. Pergi CIMB. Pergi Hong Leong Bank. Keluar duit. Masuk duit. Transfer duit. Hantar Moneygram. Hantar Western Union.

Pukul 6.20 petang kena ambil Abang Iqbal di sekolahnya yang terletak lebih 30km dari rumah. Masa pergi, jalan tak terlalu jem.

Masa balik, jalan jem sangat. Dahlah saya nak terkencing sangat sangat sangat.

Dekat 45 minit tahan. Memang dah tak boleh berfikir dengan waras. Sampai saya terfikir pasal orang yang terkencing bila kena tahan polis. Rasanya orang tu memang nak terkencing sangat.

Pastu bila polis tahan, dah sah-sah tak sempat pergi tandas kan. Jadi, kencing je la terus.

Sebab itulah perasaan saya tadi. Rasa nak berhenti kereta tepi jalan dan masuk dalam semak pun ada.

Dalam kereta ada pampers Ali. Rasa nak kencing dalam tu pun ya.

Serius stress.

Last-last saya melencong dari laluan sebenar dan singgah di McDonalds Setia Tropika.

Saya berterima kasih sangat kepada pemilik McDonalds ni sebab menyediakan tempat untuk kes-kes kecemasan macam ni. Walaupun rasa bersalah sebab tak beli apa-apa, tapi bila kenangkan saya pun selalu makan McD sebelum ni, rasa okay sikit.

InsyaAllah dah habis diet nanti, dah berat 52kg, saya janji saya makan kat sini ya.

Dah selesai urusan di McD, terpaksa bersesak-sesak dengan orang balik kerja dan sampai di rumah dalam pukul 7.30 malam.

Alhamdulillah bersyukur sangat tak termasuk dalam golongan yang terpaksa tempuh jem Β setiap hari.

Sampai Abang Iqbal pun cakap,

Daripada kerja dengan orang, baik kita ada bisnes sendiri kan umi. Tak perlu sesak-sesak macam ni setiap hari.

Ya Abang. Abang memang pandai ulang balik ayat umi kan. πŸ™‚

Dah balik rumah, berehat sekejap, kena tolong anak siapkan homework pulak.

Tetiba rasa nak pakai driver.

Dan juga Pengurus Butik untuk bantu saya uruskan bisnes Benang Hijau.

Habis kalau semua benda nak suruh orang buat, saya nak buat apa? πŸ™‚

 

Korang pernah tak ada pengalaman nak terkencing sangat macam ni? Share la sikit..

3 thoughts on “Ingat Senang Ke Jadi Mak Orang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *