Impian

1. Buka butik di JPO.

2. Buka butik di KLIA.

3. Buka butik di Jalan Plumbum, Shah Alam.

4. Buka butik di Kuala Terengganu.

5. Buka butik di rumah kedai yang dibeli di hadapan jalan utama di sekitar bandar Johor Bahru.

6. Buka butik di Kelantan.

;

Seronoknya berangan!!

;

Nak bukak kedai satu hal. Nak penuhkan barang dalam kedai satu hal yang lebih mencabar.

;

Semalam sekali lagi butik di Airport Senai pecah rekod. Dah hampir capai target jualan yang diimpikan.

;

Sambung cerita raya.

;

Petang raya pertama balik ke kampung suami di Pasir Mas, Kelantan.

Raya kedua di Kelantan. Duduk rumah semata-mata. Memang tak pergi mana.

Raya ketiga di Kelantan. Singgah hantar barang dan jumpa staf Benang Hijau di KB Mall. Singgah sekejap je. Dalam sejam.

;

Kat KB Mall ni ada berita best. Saya contact management. Cuba tanya lagi ada kedai kosong atau tak. Sekali ada. 🙂

;

Location kedainya agak menarik. Saya pun minta management chop dulu untuk saya sementara saya hantar proposal. Kalau tak ada apa-apa masalah, insyaAllah akan mula beroperasi pada 1 Oktober ni.

Mula-mula plan nak let go kiosk. Tapi staf Benang Hijau di KB Mall syorkan supaya teruskan bisnes di kiosk sebab dah ada pelanggan tetap. Lagipun kawasan sedia ada (basement KB Mall) dah jadi tumpuan untuk orang perempuan beli baju.

So insyaAllah kiosk akan maintain + kedai dengan barangan yang lebih banyak di tingkat atas. Kiosk sebagai tempat untuk mempromosikan kedai.

;

Hari ni hari raya keempat. Bertolak ke Kuala Terengganu pukul 10 pagi tadi.

Silap besar berjalan hari ni sebab jalan sangat sibuk. Perjalanan dari Pasir Mas – Kuala Terengganu yang biasanya ambil masa dalam dua jam setengah jadi enam jam.

Kami sampai di KT dalam pukul 5 petang.

Singgah makan jap. Pastu terus check in di Hotel Primula dalam pukul 6.30 petang.

Anak-anak excited nak mandi kolam tapi memang tak sempat sebab pukul 7 dah tak boleh mandi.

;

Lepas Isyak keluar jalan-jalan di bandar Kuala Terengganu. Serius meriah dan happening. Geram nak singgah kat kedai-kedai batik dan sutera tapi suami tak larat sangat so kami cuma singgah makan Sotong Celup Tepung di kawasan Pantai Batu Burok.

;

Esok plan nak pergi kedai batik dan kedai kraftangan. Nak cari barang untuk butik Benang Hijau di Airport Senai.

;

Seronok bila bercuti sambil bekerja macam ni. Rasa produktif sangat. Pastu kos travel tu pun tak terasa sebab dah boleh dikira sebagai perbelanjaan bisnes.

Okay bye. Sampai jumpa lagi!

;

;

;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *