Huru Hara

Hari ni interview 5 orang pekerja baru. Empat orang start esok. Sorang start Sabtu.

Dua hari lepas dah beli mesin jahit baru. Sekarang dah ada 10 mesin jahit. Tapi setiap hari tailor sibuk dengan tempahan online sampai tak sempat nak siapkan stok untuk kedai. Sedih sangat.

Jadi Sabtu ni insyaAllah akan beli lagi dua mesin jahit dan tambahkan lagi staf bahagian production.

Dulu-dulu nak sangat order banyak. Nak sangat sibuk. Nak sangat huru hara. Sekarang bila dah rasa, barulah tahu cabarannya macamana.

Bila order banyak, pastilah staf buat silap. Silap bagi warna. Silap tulis alamat. Tercicir order dan sebagainya.

Nak salahkan staf sepenuhnya pun takleh jugak. Kalau saya buat sendiri pun kadang silap jugak. Dan kalau semua nak buat sendiri pun memang tak mampu. So memang kena harapkan orang.

Setiap hari bos berbadan besar berfikir dan terus berfikir macamana cara terbaik untuk mengatasi semua cabaran.

Patutkah teruskan dengan jualan borong.

Patutkah terus beroperasi di tempat sekarang.

Patutkah sewa @ beli rumah kedai.

Di manakah lokasi terbaik.

Macamana nak lancarkan proses order.

Apakah cara terbaik untuk kurangkan kesilapan staf.

Di manakah supplier yang boleh bagi harga yang lebih rendah.

 

Nak beli @ sewa pun banyak faktor perlu diambil kira. Kalau lokasi strategik, kena fikirkan soal parking kenderaan staf pulak. Kalau lokasi kurang strategik pulak, rugi sebab tak berpeluang untuk buat signboard besar-besar sebagai promosi.

Kepada rakan-rakan usahawan yang mungkin sedang struggle dan stress sebab sales kurang, please enjoy the moment.

Hargai masa lapang sebelum sibuk. Gunakan masa ni untuk baca buku. Attend seminar. Buat networking dengan orang berjaya. Luangkan masa dengan keluarga.

Sebab bila bisnes makin meletup, serius sibuk sangat dan dah takde masa nak buat semua ni. Nak keluar shopping untuk habiskan duit pun tak sempat. Hahaha..

Okay bye. Nak tidur dulu. Esok nak training staf baru. Jadi kena caj bateri penuh. 🙂

3 thoughts on “Huru Hara

  1. Tudung Labuh Online

    Baca semula.. betul apa yang akak cakap..

    Bila order banyak sangat.. kualiti produk boleh jatuh.

    COntoh kalau kedai makan..

    Orang datang ramai sangat sampai order jadi lambat

    Akhirnya pelanggan tak puas hati akan sebarkan berita servis tempat kita tak baik

    Dah jatuh branding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *