Huru Hara & Tak Selesa

Sebenarnya keadaan rumah adalah sangat huru hara dengan barang-barang niaga dari outlet Umall yang dah ditutup.

Nak cek satu-satu beg tak larat. Cuma mampu tengok dan mengeluh sendiri.

Siang tadi dalam keadaan tak larat, bawa anak-anak makan di Dominos Pizza. Saja nak hiburkan hati Abang Iqbal & Abang Adi yang kena tinggal.

Lepas tu kami balik kampung suami untuk tengok anak saudara baru yang diberi nama Aqilah Huwayda.

Setengah jam pertama okay lagi. Dah masuk sejam dah tak senang duduk. Masuk sejam setengah dah berpeluh-peluh dan perut rasa tak selesa sangat.

Ikut hati, nak bukak tudung dan baring tapi tak sesuai la sebab ada abang ipar. So sabar jelah…

Dekat dua jam jugak kami kat rumah adik ipar dan bila dah masuk kereta, fuhhhhh lega sangat.

Lega dapat turunkan seat kereta dan juga dapat aircond.

Serius bukan mudah jadi ibu mengandung. Memang besar cabarannya.

Tiga bulan pertama memang tak selesa sangat. Dan tiga bulan terakhir lagilah tak selesaaaaa..

Mungkin juga sebab saya pun dah berusia lebih 30 tahun dan kurang fit. Untuk orang yang fit, okay je kot.

Sekarang ni rasa macam kedudukan baby dah ke bawah je. Tak selesa nak berdiri @ duduk lama-lama. Rasa nak berbaring je..

Okay bye. Sampai jumpa lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *