HR Stuff

Start bulan ni nak jadi lebih proper kan. Alhamdulillah dah selamat register syarikat Sdn Bhd. Pastu dah ada HR Admin.

Tadi sibuklah bincang dengan HR Admin pasal pengiraan gaji. Sambil-sambil tu saya pun check jugak akta-akta HR.

Rupa-rupanya banyakkkkk yang saya tak tahu. Ingatkan syarikat wajib bayar gaji untuk semua Public Holiday bagi setiap negeri. Rupanya tak. Rupanya syarikat boleh pilih 11 hari sahaja dari semua Public Holiday yang ada.

Kalau ikutkan dari awal tahun, dah cukup dah Public Holiday yang saya bayar untuk staf. Tapi takpelah, kita lajakkan sikit ke cuti Raya Haji untuk tahun ni.

Untuk tahun depan kena keluarkan jadual cuti siap-siap.

Pastu satu lagi, ingatkan semua orang layak dapat cuti Public Holiday. Rupanya orang yang absent without prior notice before or after Public Holiday tak layak dapat gaji.

 

Sebelum ni saya sangat lenient. Siapa nak OT, OTlah. Konon syarikat kaya raya boleh bayar semua OT.

Tapi start esok (Oktober), no more OT sesuka hati. Hanya OT atas request dari management. Kalau tak perlu OT, pukul 6 petang kilang akan tutup.

 

Kadang-kadang rasa tension dan geram pada diri sendiri. Rasa macam banyak sangat buat keputusan yang silap. Rasa macam banyak sangat pembaziran yang dibiarkan terus berlaku. Rasa macam kurang cerdik sangat.

 

Tapi saya pun cuba pujuk hati. Kalau takut buat silap, nanti langsung tak buat keputusan pulak. Lagipun bisnes tak ke mana kan.

So takpelah kot. Anggaplah semua ni belajar dari pengalaman.

 

Walaupun sakit, walaupun geram, walaupun rasa nak ketuk kepala sendiri, tapi saya cuba fikir positiffffffffffffffff.

Okay bye. Sampai jumpa lagi. Nak fikir apa yang dimaklumkan dalam meeting esok pagi.

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge