Homesick

Hari ni hati rasa sayuuuuuu je.

Rasa lemau. Rasa kurang gembira. Rasa sedih.

Rasa homesick dan rindu sangat dengan anak-anak kat rumah. :(((

 

Masa call diorang tadi, sampai takleh cakap sebab terlalu sebak. Abang Iqbal pulak yang pujuk saya supaya jangan sedih. Dia pun kata semua okay je. Umi jangan risau.

Semalam pun call Abang Iqbal bagitau berapa sales dan jugak update tentang butik baru.

Seronok bila anak dah makin besar sebab dah boleh diajak berbincang.

Tak tahulah bisnes saya ni akan bertahan berapa lama kan. Tapi dari sekarang saya dah tanamkan dalam diri anak-anak untuk teruskan bisnes ni.

Tak kisahlah minat dalam bidang apapun, boleh je nanti kembangkan bisnes kami dalam bidang yang diorang minat.

Alhamdulillah so far nampak diorang pun excited nak tolong manage bisnes kami ni.

 

Tak sabar nak balik rumah.. :(((

One thought on “Homesick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *